Search This Blog

Sunday, 1 May 2011

DiArI : TeLaDaN DaN PeRsAinGaN

Assalamualaikum,...




Untuk apa membandingkan manusia sesama manusia????


Ramai yang suka membandingkan kekurangan dan kelebihan seseorang. Baik ke, buruk ke perbandingan ni? Ish ish ish,.. Sebenarnya setiap orang ada alasan yang tersendiri.


Tapi aku rasa kalau banding-bandingkan untuk menyakiti hati orang, baik tak payah,.. Tak baik tau buat orang sakit hati,.. Dan kita juga kena ingat, tidak selamanya kita diatas dan tidak selamanya orang yang kita bandingkan itu berada dibawah,..


Sebaiknya kita jadikan perbandingan itu sesuatu yang positif,.. Positif???? Macam mana pulak tu??? hehehe ada caranya,..


Yang buruk kita jadikan teladan dan yang baik kita jadikan persaingan,.. Macam mana pula nak jadikan teladan dan persaingan ni??? Ish ish ish,.. Susah ke??? Tak lah susah, cuma kena ada kesedaran dan keinginan dalam diri untuk ke arah kebaikan,..


Contohnya macam ni,.. Biasanya kita tengok orang suka meninggi diri, pasti diumpat orang kan??? So kita jadikan apa yang kita tengok tu sebagai teladan,.. Dan kejayaan seseorang membuatkan dia disanjung tinggi, betul tak??? Oleh itu, jadikan insan yang berjaya itu sebagai pesaing kita,..


Ha kan positif tu,... So fikir-fikirkanlah,.. Jadikan yang buruk teladan dan yang baik sebuah persaingan untuk kita milikinya,...


Semoga berjumpa lagi,.. Tata titi tutuuuu,.

No comments:

Post a Comment