Search This Blog

Sunday 13 March 2011

CeRpEn : CiNtA WaSiAt

Assalamualaikum,..






Hadir sebuah cinta membawa bahagia
Bahagia yang diharap
Hadirnya tidak seindah pelangi
Dalam duka hadirnya sinar
Tersemai cinta yang hakiki



"Belajar, belajar dan belajar. Kusut kepala aku. Mana nak siapkan assigment, mana nak sertai segala macam aktiviti kat USM ni. Mana  masa untuk diri sendiri huhu pening-pening," sungut ku dalam hati. Hari-hari yang aku lalui dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Sehinggakan kadangkala rasa nak bernafas pun tak sempat. Hehehe nampak sangat tipu kan, kalo tak sempat bernafas, ke kubur dah tempatnya..


Beginilah kehidupan aku sebagai pelajar di University Sains Malaysia 
( USM ). Jawatan aku sebagai YDP MPP ( Yang Dipertu Majlis Pelajar-Pelajar) menjadikan rutin harian aku sangat sibuk.


" Tak pe, belajar lah elok-elok selagi masih berkesempatan," inilah yang akan Abi katakan setiap kali aku menyatakan kesibukan aku di kampus. Bagi Abi, pelajaran sangat penting. Aku, Abang Long, Kak ngah dan adik aku sentiasa diterapkan agar mencintai ilmu.


Alhamdulillah kami semua berjaya dalam bidang yang kami ceburi. Abang Long dah jadi pensyarah kat UITM Segamat, Kak ngah mempunyai firma guaman sendiri, aku pula menuntut di USM, tahun akhir mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Bina dan adikku yang bongsu kini tahun pertama mengambil Ijazah Sarjana Muda perakaunan, di UITM, Shah Alam.


Dilahirkan dari keluarga yang kaya raya, bukanlah jaminan sebuah kesenangan dan bukanlah jaminan meniti jalan-jalan yang ditaburi wang ringgit yang melimpah-ruah. 


&&&&&&&&&&


Menjadi YDP MPP di USM membuatkan aku dikenali. Tidak kurang juga yang mengejarku untuk dijadikan pasangan kekasih. Waww sungguh menakjubkan tapi semua yang ingin mendekatiku, aku anggap sebagai kawan biasa sahaja.


Dalam aku menolak untuk jatuh cinta, ianya hadir jua tanpa diduga. Kehadiran Maisarah, junior baru aku, membuatkan aku tertarik untuk mengenali dia. Rupa tak la cantik sangat tapi sekadar sedap mata memandang. Hati dah tertawan, layankan aje la hehehe.


"Apa pandangan ko tentang Maisarah," Tanyaku pada Razlan a.k.a Lan sahabat baikku merangkap roomate aku


"Maisarah mana ko ni Zul," jawab Lan dengan pertanyaan


"Ala junior baru kita tuuuu,"


" Yang chubby-chubby tu ke?"


" Yela, ada yang lain ke?"


Kah kah kah berdekah dekah Lan tertawa. Aku hairan, kenapa Lan tetiba ketawa. Apa yang lucu sangat ni? Aku ada salah cakap ke yang dia ketawa bagai nak rak ni.


" woi Lan, ko ni tetiba ketawa kenapa? Lawak ke budak tu? ke ko pelik tengok aku ni?," marah aku


"Ok, ok. Ko tak tau ke minggu lepas dia jatuh longkang. Depan aku lak tu. Adoi kelakar siut aku tengok dia. Sib baik ada kawan dia tolong," terang Lan diiringi ketawa yang masih berbaki.


" Ko ni terukla, orang jatuh bukan ko nak tolong, ko gelakkan lagi ada, tak baikla,"


" Kalo ko ada ketika itu, aku rasa ko pun ketawa, terkial-kial dia nak bangun semula. Adoi lawak-lawak," sampuk Razuan a.k.a Wan roomate aku, sama macam Lan ketawa tak berhenti. Sakit gak hati aku tengok dua sahabatku ni ketawakan Maisarah.


" Kenapa ko tetiba tanya pasal Maisarah tu?" tanya Wan


" Saja je tanya, tak boleh ke?" aku jawab dengan bersahaja


" Ye ke, tak cayalah aku, mesti ada apa-apa ni," Lan menduga aku


" Ala cakap je la yang ko dah terminat kat dia kan? Ngaku lebih baik," Wan membuat andaian


" Tak lah aku terpaku disini menanti jawapan ko," sambung Lan dengan ketawa yang kuat.


" Eh tak delah. Okla aku chau dulu ye. Aku nak ke perpustakaan jap," jawabku sambil berlalu pergi. Sebenarnya aku agak malu untuk berterus terang, takut bertambah kuat ketawa diaorang mendengar pengakuan aku.


&&&&&&&&


" Wan, ko tengok tak tadi Maisarah berkepit dengan sorang Mamat," Lan bersuara. Aku yang berada di meja study berhampiran katil diaorang hanya memasang telinga. Berminat nak ambil tahu.


" Aah, aku nampak, Mamat tu hensem," Wan menyokong kata-kata Lan sambil menjeling ke arah aku.


" Bila korang nampak dia?" aku tertanya begitu. Oppsss macam mana aku termenyampuk ni. Habislah aku, terkantoi sudah. Tetiba dari meja studi aku terlangkah lebih dekat dengan mereka berdua.


" Aik, ko berminat ke nak tau?" tanya Lan


" Tak lah saja je nak menyampuk, tak boleh ke?" aku berdalih


" Tapi cara ko nyampuk tu lain macam ar," Wan pula menambah perasa. Adoi, kawan-kawan aku ni, saja je nak dengki aku. Perlu ke aku berterus-terang? Rasanya belum masanya kot.


" Tak pelah kalo korang tak nak bagitau. Aku nak sambung studi, itu lagi baik," jawabku seakan-akan merajuk dan kembali ke meja studiku.


" Ala kawan, janganla merajuk, buruk rupa," seloroh Lan cuba mengambil hatiku ini hehehe.


"Tau pun nak pujuk, aku tanya lagi nak main-main," Aku hanya berkata dalam hati. Yela mana boleh cakap betul-betul, syok diaorang gelakkan aku nanti.


" Ko nak tau tak Zul? Cepatlah aku nak bagitau ni," Wan berkata


"Nak, nak. Mestilah nak tau," aku kembali melangkahkan kaki berhampiran Lan dan Wan seiring dengan jawapan yang keluar dari mulutku.


Kah kah kah kah,.. Berdekah-dekah Lan dan Wan ketawakan aku. Bengang aku dengan perlakuan diaorang tu. Serta merta aku keluar dari bilik. Sakit hati aku dipermainkan dua sahabatku itu.


" Assalamualikum Abang Zulkarnain. Boleh saya duduk sebelah?" sedang aku asyik melayan perasaan sakit hatiku tetiba hadir seorang gadis ayu.


" Waalaikummussalam. Tak boleh duduk tempat lain ke?" Aku menjawab salam dan soalnya kembali


" Ala saya saja nak borak dengan abang, tak boleh ke? janganlah risau saya tak ngorat abang pun,"


" Yela-yela, duduk lah,"


" Abang ni macam moody je?"


" Duduk diam-diam boleh? tak yah sibuk tanya macam-macam!" aku memberi amaran dengan suara yang agak keras sedikit.


" Saya Julia. Boleh saya tanya sikit tak?" 


" Apa dia?"


" Betul ke abang ni anak Dato' Yahya? Salah seorang hartawan yang terkenal di Malaysia ni?"


" Betulla tu, mana awak tau?"


" Ala, sape tak kenal abang kat sini. Semua orang bercerita tentang abang,"


" Oh ye ke. Cerita apa?" aku tetiba berminat dengan kata-kata Julia tadi.


" Cerita pasal ayah abang, cite pasal abang. Tapi kan rata-rata saya dengar, diaorang minat abang,"


" Ala abang anggap semua orang yang minat abang hanya kawan je, tak lebih dari itu," jawabku ringkas


" Julia tak minat abang ke?" selorohku


" Setakat ni saya anggap abang ni, sejadar abang je," jawab Julia jujur


" Oh ye ke, baguslah tu, boleh jadi adik abang,"


" Ye ke bang. Sukanya."


" Ye tak de masalahlah. Tapi de satu syarat,"


" Pe syaratnya?"


" Julia kena belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa pentingkan pelajaran. Abang nak tengok Julia berjaya. Keluarga abang sangat pentingkan pelajaran dan ilmu,"


" Ok-ok setuju sangat. Time kasih bang," jawab Julia dengan gembira bukan kepalang. Sejak pertemuan itu, aku dan Julia menjadi rapat. Aku sekadar anggap dia adik. Keselesaan bersama dia membuatkan aku mempelawa dia jadi adik angkat aku. Julia junior aku dan mengambil jurusan yang sama dengan aku. Maisarah pula mengambil jurusan perakaunan. Maisarah dan Julia sama-sama berada ditahun pertama di sini.



&&&&&&&&


"Zul, ni surat untuk ko," Lan menyerahkan sepucuk surat padaku.


" Surat dari siapa ni?" aku bertanya


" Ko bagilah aku baca surat tu, baru aku tau dari siapa. Apalah kau ni, manalah aku tahu dari sape. Baca je lah. Ada junior bagi kat aku tadi,"


" Yela-yela," jawabku ringkas sambil membuka surat tersebut.


" Dari sape tu Zul," tanya Wan pula


" Ermmm Maisarah," jawabku ringkas


" Eh dia nak apa?" tanya Lan dengan beriya.


" Entahlah, dia nak jumpa aku malam ni kat pustakaan," jawabku bersahaja padahal dalam hati dah melonjak kegembiraan. Berita yang tak ku duga hadir.


" Bagus tu, ko pergilah jumpa," Lan memberi semangat padaku. Dengan nada yang bersungguh-sungguh.


" Nantilah aku fikirkan,"


" Ish ko ni, janganlah fikir-fikir, kesian budak tu tunggu sorang-sorang kat situ," Wan pula mencelah.


" Yang korang sibuk ni kenapa?"


" Ala kitaorang bagi sokongan je pada ko. Salah ke?" Wan memberi alasan


" tengokla nanti kalo free, aku g ye, korang jangan sibuk-sibukla ye," jawabku, saja memanaskan hati diaorang.


" Tapi," Lom habis Lan cakap


" Korang ni kenapa ha?" aku memotong kata-kata Lan. sakit hati pula bila diaorang lebih-lebih macam ni, macam ada apa-apa je.


" Tak de apa-apa lah," jawab Lan lalu membaringkan dirinya diatas katil dan buat-buat tido. Perbualan itu hanya terhenti setakat itu sahaja.


Aku tidak seharusnya mengecewakan insan yang telah berjaya membuatkan aku jatuh cinta. Oleh itu aku membuat keputusan untuk berjumpa dengan Maisarah. Harap-harap aku terima berita gembira hasil dari pertemuan ini.


&&&&&&&&


Di suatu sudut perpustakaan
" Assalamualaikum," aku memberi salam


" Waalaikummussalam," Maisarah mejawab salam yang aku beri


" Dah lama ke tunggu," tanya ku untuk warm up dulu hehehe


" Taklah, baru je sampai. Oh ye, ada apa nak jumpa saya ye?" Maisarah menjawab langsung mengajukan soalan padaku yang membuatkan aku sangat-sangat terkejut.


" Eeh, bukan ke awak yang nak jumpa saya?" soalku kembali dengan rasa hairan.


" Ish taklah, ha tengok ni," jawab Maisarah sambil menunjukkan surat yang dia dapat kononnya daripada aku. Tulisan dan ayatnya sama macam yang aku dapat. Tapi aku mengambil jalan tengah dengan meneruskan sahaja pertemuan ini. Alhamdulillah pertemuan ini berjalan lancar. Malah aku berterima kasih pada dalang pertemuan ini.


Dipertemuan pertama ini aku lebih bertanya info diri dia. Soalan cepumas pun aku aju kan. Soalan cepumas tu, begini bunyinya " Dah ada buah hati ke," ha itulah soalan cepumas. Jawapannya pula, tungguuuuuu


" Terima kasihlah ye Lan, Wan dah aturkan pertemuan aku dengan Maisarah," inilah ayat pertama aku pada Lan dan Wan sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bilik sejurus lepas pertemuan aku dengan Maisarah tadi.


" Eeh kenapa  lak ucap time kasih kat kami?" tanya Lan yang buat-buat tak tahu apa-apa


" Aah lah, apa kaitan kami dengan pertemuan korang?" Wan pula menyokong kenyataan Lan.


" Whateverlah, aku nak mandi dan sekali lagi aku ucapkan bebanyak terima kasih ye," jawabku dan berlalu dari situ


" Woi, cakaplah kenapa ni," Lan menjerit bila tengok aku telah mencapai tuala untuk ke bilik air. Aku buat-buat tak dengar sahaja. "Padan muka diaorang. Ingat aku tak tahu ke yang diaorang ni perekacipta pertemuan aku dengan Maisarah tu," kataku dalam hati sambil ketawa gelihati melihat keletah diaorang tadi.


&&&&&&&& 


Sejak pertemuan pertama aku dengan Maisarah, hubungan kami jadi agak lebih rapat tapi tidak serapat macam aku dengan Julia. Walau Julia sekadar adik angkat aku, entah kenapa aku rasa lebih senang rapat dengan dia berbanding Maisarah. Mungkin pasangan kekasih ni perlu control sikit itu yang jadi macam tu kot, but whateverlah. Hehehe


Pertemuan kedua dengan Maisarah, termeterai ikatan percintaan kami. Dan hubungan ini diperingkat awal hanya insan-insan terdekat dengan kami sahaja yang tahu. Mereka terima baik perhubungan aku dengan Maisarah.


Lama kelamaan, kecoh satu kampus ni tentang percintaan kami. Aku agak hairan, macam mana boleh kecoh sedangkan aku dengan Maisarah jarang berdating.


" Ara yang bagitau semua orang tentang hubungan kita," jawab Maisarah bila aku menceritakan tentang kekecohan hubungan kami.


" Kenapa perlu kecoh-kecoh?" tanyaku. Aku benar-benar tidak suka perkara ini dicanang-canang.


" Sebab Ara sayang abang, Ara tak nak ada orang lain rampas abang dari Ara," jawab Maisarah dengan begitu manja sekali membuatkan aku cair dan mengalah sahaja. Lagipun dah tak boleh buat apa-apa kerana semua orang dah tahu, tentang perkara ni.


Ternyata perkhabaran hubungan aku & Maisarah membuatkan peminat-peminatku semakin berkurang. Alhamdulillah perjalanan hubungan aku dengan Maisarah berjalan lancar cuma biasalah pasangan kekasih mana yang tidak Berselisih faham. Gaduh siki-sikit tu adatlah. Walaupun Maisarah agak baran, aku sentiasa cuba mengikut rentaknya. Hinggalah pada suatu hari.


" Ko ni kenapa rapat sangat dengan Abang Zulkarnain ha? kau tu adik angkat dia je tau! Aku ni yang kekasih dia!!" tengking Maisarah pada Julia. 


" Aku rapat dengan dia pun sekadar adik dengan abang je tak lebih dari tu. Lagipun aku memang tahu pun ko tu kekasih Abang Zul,malah seluruh kampus pun tau" jawab Julia selamba.


" Dah tu kalo adik angkat, perlu ke ko rapat sangat dengan dia! Asyik kuar dengan dia sampai dia tak de masa nak kuar dengan aku!!" Maisarah semakin meninggikan suara. Pelajar-pelajar yang lalu lalang hanya melihat adegan tersebut.


" Apa pandang-pandang!!" jerkah Maisarah pada mata yang memandangnya.


" Apa kecoh-kecoh ni Ara," tanya aku yang sememangnya telah perhatikan adegan tadi dari jauh dan aku tak sangka sampai begini sekali sikap Maisarah.


" Erm tak de apa-apa lah abang. Abang dari mana ni," Maisarah menjawab seakan terkejut dengan kehadiran aku.


" Dahlah Ara, tak payah nak berdalih, abang nampak semuanya tadi. Kenapa Ara marah Julia? Tak malu ke tengking orang sampai macam tu?" Aku cuba bercakap dengan baik pada Maisarah dengan nada suara yang tegas.


" Ju! pergi naik bilik!" arahku dengan suara yang tegas. Dan Julia terus berlalu dari situ.


" Yela abang asyik lebihkan Julia je. Sikit-sikit Julia, sikit-sikit Julia. Sakit hati Ara tau. Bawa jumpa family abang pun Julia bukan Ara. Sape Ara dihati abang ni?" akhirnya Maisarah meluahkan apa yang tersimpan dihatinya selama ini dengan nada suara merajuknya,..


" Kan dulu abang dah bagitahu, family abang tak suka abang bercinta ketika belajar sebab tu Abang tak bawa Ara jumpa family abang. Julia tu sekadar adik angkat abang je, sebab tu abang berani bawa balik ke rumah. Kenapa masih tak faham lagi?" aku mengingatkan Maisarah tentang segala perkara ini yang telah aku terangkan padanya  sedari awal perhubungan kami. Ternyata Maisarah masih tidak memahaminya.


" Macam ni lah Ara! Lebih baik kita putus je kalo Ara masih bersikap macam ni, abang dah penat mengalah dengan sikap cemburu Ara yang tak bertempat ni. Abang dah penatla Ara, dah terang berkali-kali pun tak faham juga, Ara cari je laki lain!" aku terus berlalu pergi sebaik habis melemparkan kemarahanku yang tidak dapat dibendung lagi.


Dua tiga hari selepas kejadian itu, hubungan aku dengan Maisarah kembali baik setelah Maisarah minta maaf pada Julia. Dan hubungan aku dengan Julia agak renggang. Bukan aku yang jarakkan hubungan ni tapi Julia yang sentiasa melarikan diri tiap kali kami bertembung.


&&&&&&&&


Alhamdulillah kini pengajian ku sudah tamat. Begitu juga dengan Lan dan Wan. Lepas tamat pengajian, aku dan Maisarah bertunang. Aku agak sedih, dihari pertunangan itu Julia langsung tak datang. Keluarga aku semua tanyakan Julia, diaorang sayang sangat kat Julia sebab Julia ni happy go lucky orangnya. Sentiasa ceria dan pandai ambil hati orang tua. Pakaian pun lebih sopan bebanding Maisarah.


Sebulan lepas pertunangan aku dan Maisarah, dengan pertolongan Abi, aku membuka firma artitek sendiri. Abi tolong hanya untuk permulaan sahaja itupun dengan syarat bila dah stabil, ganti semula duit Abi. Itu aku tak kisah, memang dari dulu Abi terapkan pada kami anak-anaknya agar berusaha sendiri untuk miliki apa yang diinginkan.



Bukanlah Abi kedekut tapi Abi nak kami anak-anaknya tidak hanya bergoyang kaki menikmati kemewahan hasil titik peluh dia. Bak kata Abi, tiada kepuasan kalo tak berusaha sendiri miliki apa yang diinginkan. Aku bangga miliki orang tua seperti Abi dan Umi kerana mereka tegas tapi penyayang dan kami anak-anaknya dididik seimbang ilmu dunia dan akhirat.








Lan dan Wan pula bekerja dengan aku dan bantu aku membina firma arkitek ini untuk terus mengorak langkah ke arah kejayaan. Aku berpuas hati dengan kerjasama yang mereka berikan.


" Assalamualaikum," kedengaran orang bagi salam. Aku sekeluarga biasanya bersantai dirumah sahaja tiap hujung minggu. Sesekali je buat aktiviti keluarga. Dan secara kebetulan, Maisarah pun datang ke rumahku pada hari ni.


" Bik, buka pintu bik, ada tetamu datang," Umi menyuruh pembantu rumahku membuka pintu.


" Baik Puan," jawab Bik Minah dan terus ke pintu dan membuka pintu.


" Puan, Cik Julia datang," Bik minah memberitahu Umi. Dengan serta-merta semua yang berada disitu kecuali Maisarah bangun menyambut kehadiran Julia. Maisarah hanya memerhati dari jauh.


" Kenapa lama tak datang ni sayang?" tanya Umi sambil memeluk Julia, diiringi titisan air mata rindu.


" Ju sibuklah Umi, maaf ye lama tak datang," jawab Julia membalas pelukan Umi kemudian bersalaman dengan kak ngah, adikku dan Maisarah. Aku, abang long dan Abi dia tak salam, yela bukan muhrim kan. 


" Kalo sibuk pun takkan tak sempat nak jumpa kami kat sini, yela sape kami ni kan. Sampai orang dah tak ingat kat kami ni ha," kak ngah berkata seakan-akan merajuk sambil menarik Julia duduk di sofa.


" Ala, janganlah cakap macam tu, Ju betul-betul busy. Maaf ye semua. Lagipun kan Ju dah datang ni," jawab Julia cuba memujuk kak ngah.


" Dah-dahla tu. Ju makan kat sini ye nanti malam suruh Abang Zul ke Abang Long hantar kamu balik ye," Abi pula bersuara.


" Ok abi," Julia menjawab ringkas. Tanpa mereka sekeluarga sedari, adegan mereka sekeluarga melayan Julia membuatkan ada hati yang terguris. 


&&&&&&&&


Kini, Abang Longku, Aizat dan kak ngah, Norsuhaila telah mendirikan rumahtangga dengan pasangan masing-masing. Adikku Syafiqah habis pengajian, seiring dengan Julia dan Maisarah. Hubungan aku dan Maisarah semakin intim walaupun kami jarang jumpa disebabkan kesibukan masing-masing. Sejak kehadiran Julia ke rumahku, hubungan Julia kembali rapat dengan keluargaku cuma dengan aku agak kurang mesra. Aku terasa juga dengan sikap Julia tapi aku tak boleh buat apa kalo itu kehendak dia.


" Abang, betul ke abang cintakan Julia? betul ke bang?" Tanya Maisarah dengan esak tangis yang kuat.


Julia ternyata terkejut dengan kenyataan yang keluar dari mulut Maisarah.


" Apa yang Ara merepek ni, abang anggap Ju tu adik je,"


" Yela Maisarah, kami ni macam adik-beradik je, tak lebih daripada itu," Julia menyokong kenyataanku.


" Tapi tadi sebelum Abang Zul sampai, kau cakap Abang Zul cintakan ko! Ni kenapa nafikan pula ha!" jerit Ara pada Julia. Julia terpinga-pinga dengan kenyataan Maisarah. Kenapa Maisarah cakap macam ni? Dia rasa malu berhadapan dengan situasi begini apatah lagi di kiri kanan meja makan kami dipenuhi orang, semua orang pandang ke arah kami.


" Betul ke Ju de cakap macam tu?" aku bertanya pada Julia


" Tak pernah pun bang,"


" Ko tipu, perempuan tak guna!" jerit Maisarah lantas ingin memukul Julia dengan handbagnya, tapi nasib baik aku sempat menghalangnya. Dengan juraian airmata, Julia berlalu pergi dari situ, aku ingin mengejar dia tapi tanganku di tarik Maisarah.


" Abang sayang Ara ke sayang Julia ni!" jerit Maisarah geram bila melihat aku ingin mengejar Julia.


Aku menarik kuat tangan Maisarah keluar dari Restoran Seri Indah. " Awak ni dah melampau tau tak! Kenapa awak buat Julia tu macam tu? Dia tak mungkin jatuh cinta dengan saya. Dia pun dah tak rapat dengan saya! Apa lagi yang awak tak puas hati ni!" jeritku pada Maisarah setiba di kereta. Kali ini aku benar-benar marah dengan tindakan Maisarah yang mengatur pertemuan kami bertiga untuk menyakitkan hati Julia seperti dulu.


Belum sempat Maisarah menjawab, handphoneku berbunyi.


" Assalamualikum Zul, ayah kat ICU sekarang, cepat datang ke Sime Darby Medical Center, Subang," Along   bersuara dengan begitu cemas sekali.


" Waalaikummussalam,. Ok-ok," jawabku terus mematikan talian. Dengan lajunya aku membawa kereta agar cepat sampai ke SDMC. Sepanjang perjalanan aku dan Maisarah sama-sama membisu. Menerima panggilan Along, membuatkan aku terus lupa pertengkaran sebentar tadi.


" Abi nak jumpa ko Zul. Ko sorang je," Abang Long memberitahuku sebaik aku sampai di SMDC. Aku terus melangkah masuk ke ICU dimana Abi ditempatkan. Bila melihat keadaan Abi yang berselirat dengan wayar, aku menangis semahunya disisi Abi.


Abi menyentuh kepalaku. Dengan keadaan dirinya yang lemah, dia cuba berkata sesuatu. Aku mendekatkan telingaku ke bibir Abi.


" Zul, boleh kamu tunaikan satu permintaan Abi?" abi berkata dengan perlahan dan sebutir demi sebutir perkataan.


" Insyaallah Abi, apa dia, cakaplah," jawabku dengan sayu.


" Bo   leh   tak   ka mu   ja di   kan  Julia   is te ri   ka mu. Dan   to lo ng   pu tus kan  per tu na ngan  ka mu  de ngan  Mai sa rah?" Abi meluahkan permintaannya dengan suara yang tersekat-sekat. Aku terpempan mendengar permintaan Abi. Tiba-tiba Abi mencungap-cungap untuk bernafas, dada Abi pun sudah turun naik, serta-merta itu aku beri persetujuan tentang permintaan Abi tu. Sejurus aku memberi persetujuan, nafas Abi terus terhenti.


" Dr tolong!!' jeritku sambil menekan butang kecemasan di hujung kepala katil Abi. Serta -merta Dr Kaisara datang memeriksa Abi. 


" Maaf, Dato' Yahya telah kembali ke rahmatullah. Maafkan kami," terang Dr Kaisara.


" Abiiiiiiiiii," aku meraung sebaik Dr mengesahkan yang Abi sudah tiada.


Kini Abi sudah tiada lagi. Dia pergi kerana mengidap sakit jantung yang kritikal. Tiga saluran jantung sudah tersumbat. Kami sekeluarga redho dengan pemergian Abi. Kini Abang Longku mengambil alih peranan Abi di rumah agam YA NUR iaitu gabungan nama Abi, Yahya dan nama Umi Nur Aisyah.





Selamat membaca ye. Ini episod pertama wasiat cinta. akan ada sambungan. Setelah baca jangan lupa tinggalkan komen ye. tata titi tutu







1 comment:

  1. Cerita yg menarik,tertunggu - tunggu sambungannya...

    ReplyDelete