Search This Blog

Monday 14 February 2011

CeRPeN: kEmUnCuLAnmU

AssALaMuALaIkUM,..


" Tadahlah tanganmu wahai anak kecil",.. Aku  Merasa hairan dengan permintaan itu, tetapi aku tetap juga mengikut arahan dari suara tersebut,. Apabila aku tadah tangan, tiba-tiba satu pancaran cahaya yang sangat terang terpancar dari tanganku hingga menyilaukan mataku,.. aku terpaksa pejamkan mata kerana tidak tahan dengan silauan cahaya itu,.. 


"Jagalah baik- baik cahaya berharga ini. Jangan sia-siakan". Aku terus terjaga dari tidur,.. "Oh aku mimpi rupanya. Tapi kenapa aKu rasa  mimpi itu macam satu realiti? Tapi suara siapakah dalam mimpiku tadi. Hanya mendengar suara tanpa bayangan orang?" Aku bermonolog  dalam hati,. "Mungkin semua ini sekadar mimpi. Ah! Biarkanlah, mimpi hanya mainan tidur je", aku bermonolog lagi,.. 

Aku dilahirkan dikalangan keluarga yang sederhana, beriman, suka membantu orang. Semua ahli keluarga dan kawan-kawan aku memanggil aku sweet,. Mungkin aku sangat sweet tu yang semua orang panggil aku Sweet Hehehe,.. Aku berumur 12 tahun dan  aKu anak kelima dari lima adik-beradik, maknanya anak bongsulah hehehe,. Aku mempunyai dua orang kakak dan dua orang abang.. Along(Aizat), Angah(Aqilah), Alang( Syam) dan Acik(Lyn). Aku kini sedang cuti dan menunggu keputusan peperiksaa UPSR,.

Selepas mimpi tersebut datang, aku menjalani kehidupan seperti biasa dan langsung tidak mengingati tentang mimpi tersebut. Setelah dua bulan mimpi tersebut berlalu, sedang aku asyik bermain basikal bersama kawan-kawanku, ditaman permainan berhampiran taman perumahan yang aku sekeluarga diami, aku ternampak seekor kucing yang basah lencun seperti disiram dengan air longkang. Aku mengajak kawan-kawanku mendekati kucing tersebut. Dan ternyata bau kucing tersebut sangat busuk,.

" Ini pasti kerja manusia yang tidak berperikemanusiaan menyiram anak kucing ini dengan air longkang! Kucingkan binatang kesayangan nabi, tapi kenapa manusia ni tak reti nak sayang kucing ye?" Aku meluahkan kegeramanku pada kawan-kawanku.

" Aahlah, kesian kucing ni, disiram sampai basah macam ni. Ermm apa kata ko ambil kucing ni dan bawa balik. Ko mandikan dia kemudian ko bela, boleh wat kawan. Nanti kami datanglah rumah ko main dengan kucing ni. Amacam. ok tak cadangan aku?" Kata Boy salah seorang dari empat orang kawan aku.

Aku berfikir seketika. " Ermmm aku rasa macam best je cadangan Boy ni. Sekurang-kurangnya aku ada gak kawan kat rumah. Aku pasti Umi dan Abi tak kisah, sebab diaorang penyayang dan suka kucing walau kami tak pernah bela kucing," Aku bermonolog dengan diriku sendiri.

" Wei, ko nak ke tak bawa balik kucing ni dan bela dia?" Kata-kata girl ni menyedarkan kembali aku. Aku dengan tersengih-sengihnya menjawab, "oklah aku setuju dengan cadangan korang. Aku rasa Umi dan Abi aku tak kisah kot kalau aku nak bela kucing ni,". Aku beruntung kerana keempat-empat kawan aku baik dan penyayang cuma ibubapa mereka tidak sporting macam ibubapaku, sebab itu mereka suruh aku sahaja yang bela kucing tersebut.


@@@@@@@@@@ 

Tiba dirumah.
" Sweet beli apa ni sayang," tanya Umi sebaik sahaja aku menyerahkan beg plastik warna hitam pada Umi. 

Sebaik sahaja Umi membuka plastik tersebut, " Astagfirullahhalazimmmmm,. Kenapa Sweet wat kucing ni macam ni? Umi tak pernah ajar anak-anak Umi jadi jahat macam ni tau. Sedihnya Umi bila anak Umi sanggup buat kucing ni macam ni!" Marah Umi sambil menitiskan airmata.

Umi mengeluarkan kucing tersebut dari plastik hitam yang berada ditangannya itu. Umi sedih melihat keadaan kucing tersebut. Umi merenung muka aku yang masih tersengih-sengih. Melihatkan wajahku itu, Umi semakin geram.

Perlahan-lahan aku merapati Umi dan memeluk Umi sambil berkata " Memang Umi tak pernah ajar Sweet menyiksa binatang atau melakukan kezaliman pada manusia mahupun binatang. Dan sweet sentiasa ingat pesan Umi dan Abi agar berlaku baik pada semua orang dan juga binatang. Itulah yang sweet lakukan Umi. Sebenarnya Sweet jumpa kucing ni ditaman sana ketika Sweet bersama Boy, Girl, Berry dan Choc main basikal tadi. Kami kesian melihat kucing ni dan Boy cadangkan Sweet bawa balik bersihkan dia dan bela dia. Sweet fikir Umi dan Abi pasti tak kisah sebab tu Sweet bawa balik. Sweet bawa basikal, so tak leh nak pegang kucing ni, tu yang Sweet masukkan dalam beg plastik ni. Sweet dah siap bocorkan kecil-kecil kat plastik ni agar dia dapat bernafas." Terangku panjang lebar.

" Maafkan Umi ye sayang. Salah sangka pada kamu," kata Umi sambil terus mendakap aku dengan erat. " Syukur Ya Allah, anak yang aku pelihara melakukan kebaikan hari ini," Umi memanjatkan kesyukuran.

" Umi jangan nangis lagi ye," aku bersuara sambil mengesat airmata Umi dan disaksikan kucing tadi.

" Oklah, Sweet pergi mandikan kucing ni, shampoo bersih-bersih, lepas tu lap badan dia dengan tuala ye sayang. Lap betul-betul jangan sampai basah pula rumah kita ni nanti," arah Umi.

" Baik bos! Arahan diterima!" jawabku sambil memberi satu ciuman di pipi Umi.


@@@@@@@@@@

" Yeee yeee Abi balik! Abi balik! " jeritku sambil berlari menuju ke pintu dan membukakan pintu untuk Abi. Abi menjalankan perniagaan Bundles Toys dan telah beroperasi selama 3 tahun. Umi pula surirumah sepenuh masa. Abi memulakan perniagaan seawal jam 9.00 pagi dan akan pulang pada jam 9.00 malam. Dan biasanya Abi akan sampai rumah pada jam 9.30 malam.

Setelah bersalaman dengan Abi," Abi, jom masuk bilik Sweet jap. Ada supprise Sweet nak tunjukkan kat Abi. Jomlah Abi," aku merengek sambil menarik-narik tangan Abi.

" Abi penat tu Sweet, bagilah Abi rehat dulu. Kesian Abi," nasihat Umi.

" Tak pelah Umi, Abi tunaikan permintaan Sweet kejap ye," jawab Abi sambil mencium pipi Umi. Umi hanya menggelengkan kepala melihat gelagat Abi yang suka melayan kerenah manja aku.

" Ok sekarang Abi pejam mata dulu ye. Sweet pimpin Abi ke bilik Sweet," arahku. Dan Abi hanya menurut sahaja. Apabila sampai dibilik, aku mendudukkan Abi dibirai katil dan aku mengambil kucing yang aku letakkan di dalam bakul tepi meja belajarku.

" Ok sekarang Abi boleh buka mata," arahku.

" Comelnya kucing ni, mata coklat, bulu lebat dan kembang lak tu. Warna bulu dia pun cantik, putih kebiru-biruan. Mana Sweet dapat kucing secomel ni? Abi sukalah sayang. Meh Abi pegang," pinta Abi.

" Sweet jumpa kat taman tadi so Sweet ambil bawa balik dan namakan dia Babysweet," terang aku sambil menyerahkan Babysweet pada Abi.

" Apa kata esok kita bawa Babysweet pergi klinik, chek kesihatan dia. Lepas tu, kita belikan sangkar untuk dia," cadang Abi.

"Ok, ok... Time kasih Abi. Saaaaaayang Abi. Kita jaga Babysweet ni sama-sama ye Abi. Kalo abang dan kakak balik, mesti diaorang pun suka Babysweet, kan Abi," aku berkata dengan girangnya.

" Yela sayang," jawab Abi dengan senyuman manis terukir dibibir. Abang-abang dan kakak-kakak aku semuanya tinggal diluar. Mereka semua dah bekerja dan hanya Achik sahaja masih belajar di UUM, Sintok, Kedah. Along, Angah dan Alang hanya kerja kilang. Along sebagai assistent manager dikilang SU, Angah pula sebagai Engineer dikilang SW dan Alang hanya supervisor dikilang SA.

Setiap hujung minggu adalah hari untuk aku sekeluarga berkumpul. Abang-abang dan kakak-kakak aku pasti balik untuk berkumpul bersama-sama. Seluruh ahli keluarga aku suka sangat dengan kehadiran Babysweet. Mereka semua menyayangi dan menjaga Babysweet dengan baik. Kawan-kawan baik aku pasti datang ke rumah aku setiap hari untuk bermain dengan Babysweet.


@@@@@@@@@@

Sebulan kemudian...
Sedang leka aku menyiapkan kerja sekolahku, tiba-tiba aku terpandangkan Babysweet yang berada diatas katilku. Aku melihat dicelah jari kaki Babysweet terselit sebatang pensil, dan didepan Babysweet terbuka buku tulis yang biasa aku gunakan untuk mebuat contengan. Aku tersenyum melihat Babysweet.

Aku kemudian berjalan ke tempat Babysweet berada. Alangkah terkejutnya aku bila melihat Babysweet sedang menulis dibuku contengan itu.

Aku cubit tanganku " Adoi, sakitlah. Aku tak bermimpi rupanya, tapi mana mungkin seekor kucing boleh menulis," aku berfikir sendirian sambil menggaru kepalaku yang tidak gatal.

" Ermmm.. Baik aku terus perhatikan Babysweet ni. Betul ke tak dia menulis," tiba-tiba otak aku memberi cadangan. Aku pun mengikut cadangan otakku itu. Walaupun aku memerhatikan Babysweet menulis, dia tetap terus menulis. Setelah hampir 10minit asyik melihat Babysweet menulis,

" Berhenti menulis!" arahku. Dengan serta-merta Babysweet berhenti menulis dan aku pun mengambil buku contengan tadi, lalu membaca apa yang telah Babysweet tulis.
  
     " Permintaan Babysweet. Babysweet tak nak lagi tidur  
       disangkar. Babysweet nak tido dengan Sweet."

     "Babysweet nak makan apa yang Sweet sekeluarga makan.
      Dah tak nak makan friskies lagi. Pas tu nak makan
      semeja dengan Sweet  sekeluarga."

     " Babysweet dah jemu minum susu je, Babysweet nak 
       minum air lain pulak. Kalo boleh air yang ada ais ye. 
       ^_____*."

     " Babysweet nak ikut kemana saja Sweet sekeluarga pergi.
       Jangan tinggalkan Babysweet sendirian dirumah."

     " Lepas ni, tak yah sediakan bekas untuk Babysweet 
       buang air. Babysweet boleh buang air kat toilet."

     " Kalo nak bawa Babysweet g jalan-jalan naik basikal,
       tak yah letak Babysweet kat dalam bakul tau. 
       Letak je Babysweet kat belakang badan 
      Sweet. Babysweet peluklah Sweet kuat-kuat,
      insyaallah tak jatuh."

     " Kalo boleh, carikan kasut untuk Babysweet ye, 
       sakitlah kaki Babysweet 
kalo jalan-jalan kat luar.

      Lagipun kaki Babysweet kotorlah kalau tak pakai 

       kasut."

     " Dan Babysweet ucapkan terima kasih kerana Sweet 
       sekeluarga jaga 
Babysweet dengan baik sekali. Oh 

       ye Babysweet terlupa,"


" Ermmm apa yang terlupa lak ni," kataku dalam hati.

" Babysweet, apa yang terlupa ni?" aku bertanya. Babysweet mengambil kembali buku ditanganku dan pensil yang digunakan tadi. Kemudian dia menyambung kembali menulis. Setelah habis menulis, Babysweet menyerahkan buku itu pada aku kembali.

Aku menyambung kembali membacanya.

      " Oh ye, Babysweet terlupa nak bagitahu. 
        Kalo Babysweet sakit, tak perlu 
bawa pergi 

        klinik lagi ye. Just bagi minum air zam-zam je. 

       Insyaallah 
Babysweet akan kembali sembuh." 


      " Itu sahaja permintaan Babysweet buat masa ini. 
        ^______*,".

Ketawa  aku membaca permintaan Babysweet. Dah macam orang lak Babysweet ni.

Aku memandang Babysweet. Tetiba Babysweet kenyitkan mata pada aku. Lagi kuat aku ketawa sambil mengangkat Babysweet dan membawa ke dalam pelukanku.

Pada mulanya keluarga aku tidak percaya dengan apa yang ditulis Babysweet tu. Mereka menyangkakan aku saja nak buat lawak dan bergurau dengan mereka. Setelah melihat sendiri Babysweet menulis, baru mereka percaya.

Mereka memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana telah menghadirkan seekor kucing yang mempunyai keistimewaan seperti ini. Abi telah mendapatkan sijil kelulusan yang dinamakan ALL ENTRY dari pihak berkuasa Jabatan Kucing Malaysia ( JKM ) agar senang nak bawa Babysweet ke mana-mana sahaja terutama ke pasaraya-pasaraya, sekolah dan tempat-tempat larangan membawa binatang peliharaan.

Bukan mudah mendapatkan sijil ini kerana perlu melalui beberapa ujian. Alhamdulillah, berkat doa dan kesabaran aku sekeluarga, Babysweet berjaya mendapat sijil kelulusan tersebut. Malah pihak JKM mengeluarkan sijil khas buat Babysweet yang menyatakan, Babysweet satu-satunya kucing yang boleh menulis diseluruh dunia. Dan sijil ni belum pernah dikeluarkan di mana-mana negara.

Memanglah tidak pernah keluar, kan babysweet je satu-satunya kucing di dunia ini yang boleh menulis hahaha,.. Kini kemana sahaja aku sekeluarga pergi, Babysweet pasti ikut serta dan segala permintaan Babysweet, kami sekeluarga tunaikan. Ke mana saja aku sekeluarga pergi, pen dan kertas mesti dibawa bersama agar bila Babysweet nak menulis sesuatu, kertas dan pen telah tersedia.

Di kedai makan pun Babysweet sama-sama makan apa yang kami makan. Malah kadangkala Babysweet siap oder chickenchop untuk dia sendiri hahaha,.. Oh ye aku lupa bagitau, Babysweet ni makan bersuap. Biasanya akulah yang akan suapkan. Bila aku sekeluarga membawa Babysweet keluar rumah, Babysweet pasti mendapat perhatian orang sekelililng. Aku sekeluarga pasti ditanya macam-macam. Malah ada yang nak beli dan sanggup bayar berapa sahaja harga yang kami letakkan.

“Oh no, Babysweet bukan barang dagangan,” inilah jawapan yang akan aku berikan kepada setiap orang yang berhasrat ingin membeli Babysweet. Walaupun diofer dengan harga puluhan ribu RM, jawapan aku tetap sama.  

@@@@@@@@@@

Enam bulan kemudian

Dengan tiba-tiba perniagaan yang Abi jalankan semakin merosot. Semakin hari perniagaan Abi semakin merosot. Di awalnya Abi tidak menceritakan kemerosotan itu pada Umi dan kami anak-anaknya kerana Abi ingat masalah ini tidak berlarutan.

Akhirnya bila perniagaan Abi semakin meruncing, pada hujung minggu ni, disaat kami sekeluarga berkumpul, Abi menceritakan segala masalah perniagaannya pada kami semua. Kami semua terkejut mendengar cerita Abi. Kami tidak sangka Abi sanggup menyorokkan perkara ini dari pengetahuan kami.

Sedang masing-masing terfikir-fikir masalah yang melanda perniagaan Abi, Babysweet menghulurkan sekeping kertas pada aku.

     “ Mulai sekarang Umi kena handle perbelanjaan keluarga.
       Simpanan yang ada jangan guna jika tiada sebarang
       kepentingan.”

     “ Along, tangguhkan dulu perkahwinan Along. Tolong
       keluarga kita dulu ye. Along, Angah dan Alang tolong
       bantu duit perbelanjaan keluarga ye.”

     “ Acik dan Sweet belajar je seperti biasa. Ini je cadangan
       yang mampu Babysweet bagi.”

Aku membaca ayat-ayat yang tertera diatas kertas tersebut.

“ Umi dan Abi tak nak menyusahkan Along, Angah dan Alang. Biarlah Umi dan Abi fikirkan apa yang perlu kami lakukan,” Umi bersuara dan Abi sekadar menganggukkan kepala.

“ Umi, Abi, Along setuju dengan cadangan Babysweet tu. Along sanggup tangguhkan perkahwinan Along. Along mungkin tak dapat balas jasa Umi dan Abi tapi bagilah Along peluang untuk bantu Umi dan Abi ye,” Along bersuara.

“ Yela Umi, Abi, Angah pun sanggup bantu Umi dan Abi walaupun gaji Angah tidaklah sebesar mana. Tapi insyaallah Angah boleh bantu Umi, Abi dan adik-adik yang masih sekolah,” Angah juga menyatakan kesanggupannya untuk bantu meringankan beban Umi dan Abi.

“ Alang pun sanggup," Alang juga menyatakan persetujuannya. Kami sekeluarga berpelukan.

“ Terima kasih wahai anak-anak Umi dan Abi. Semoga Allah terus memberkati hidup semua anak-anak Umi dan Abi,” luah Umi dalam esak tangisnya kerana terharu dengan pengorbanan anak-anaknya.

“ Terima kasih Ya Allah, mengurniakan aku anak-anak yang cukup menyenangkan aku dan suamiku Ya Allah,” di dalam hati Umi memanjatkan syukur ke hadrat ilahi.

Dua minggu setelah Abi menceritakan masalah perniagaannya, perniagaan Abi terus merosot dan jatuh menjunam. Abi terpaksa menutup perniagaan yang dijalankan dan segala aset perniagaan, Abi terpaksa jual dengan harga yang sangat rendah. Walaupun rugi, Abi tidak boleh berbuat apa-apa.

Abi menangis melihat perniagaan yang dijalankan selama 8 tahun akhirnya terpaksa ditutup. Seumur hidup Abi, belum pernah Abi jatuh  sampai macam ni. Tapi Abi redha menerima apa yang berlaku dengan hati yang terbuka.

Abi terpaksa turun naik bank untuk memohon penangguhan bayaran segala hutang-piutang bank selama setahun.

Di awalnya, pihak bank tidak mahu meluluskan kerana tempoh penangguhan yang Abi mohon terlalu lama. Tapi Abi tetap terus merayu dan akhirnya pihak bank bersetuju meluluskan permohonan Abi setelah meneliti komitmen Abi membayar ansuran bulanan sebelum Abi kejatuhan. Abi memanjatkan kesyukuran setelah permohonannya berjaya.

Along, Angah dan Alang menjalankan peranan mereka membantu Umi dan Abi serta aku dan Acik yang masih bersekolah.

Walaupun Abi di uji dengan ujian seberat ini, Abi tidak pernah berputus asa untuk bangkit kembali. Dia tidak mahu terus menyusahkan anak-anaknya.


@@@@@@@@@@

“Assalamualaikum,” sedang leka Abi membaca surat khabar, Abi terdengar orang memberi salam. Abi terus melipat surat khabar dan terus berjalan menuju ke pintu pagar.

“ Waalaikummussalam. Encik cari siapa ye?” Abi menjawab salam dan terus mengajukan soalan bila melihat lelaki dipagar tersebut bukan orang yang dikenalinya dan dilihat dari raut wajahnya, hampir seusia dengan Abi.

“ Ini rumah Encik Mikail ke?” Tanya lelaki tersebut.

“ Ye, sayalah Mikail,” jawab Abi. Nama penuh Abi Mohd Mikail dan nama Umi pula Puteri Amani.

“ Saya Daniel, saya datang ni ada hajat sikit dengan Encik Mikail ni,” terang lelaki tersebut a.k.a Encik Daniel.

 “ Jemputlah duduk,” Abi menjemput Encik Daniel duduk setelah berada di dalam rumah. Sejurus itu, Abi terus ke dapur,” Umi tolong buatkan air ye, kita ada tetamu ni,” Abi bersuara pada Umi.

“ Baiklah Abi, kejap lagi Umi hantar ke depan ye,” jawab Umi, dan Abi terus berlalu pergi ke ruang tamu.

“ Ermmm boleh saya tahu Encik Daniel ni datang dari mana ye?” Abi memulakan perbicaraan setelah melabuhkan punggung disofa berhadapan Encik Daniel.

“ Tak perlulah berencik-encik dengan saya. Panggil je saya Daniel. Saya dari Kampung Rimau. Tak jauh dari kawasan perumahan ni,” jawab Encik Daniel.

“ Boleh saya tahu apa hajat nak berjumpa dengan saya?” Tanya Abi lagi.

“ Ermmm betul ke Encik Mikail ni ada memelihara seekor kucing yang pandai menulis?” Encik Daniel menjawab soalan Abi dengan pertanyaan.

Abi senyap seketika sambil melayan perasaan. Bila orang datang rumah kami dan bertanya tentang Babysweet, Abi sudah tahu apa hajat sebenar orang tu datang. Encik Daniel bukanlah orang pertama yang datang bertanya tentang Babysweet. Abi sampai naik penat nak layan orang yang datang bertanya tentang Babysweet. Tapi Abi tetap melayan semua orang yang datang dengan baik.

“ Jemput minum Encik,” kata Umi sambil melabuhkan punggungnya disebelah Abi. Abi tersedar dari lamunannya apabila Umi menyentuh Abi.

“ Maaf ye. Memang betul saya ada memelihara kucing yang pandai menulis. Jika Daniel berhasrat untuk membeli kucing tersebut, saya minta maaf banyak-banyak, saya tidak akan menjualnya. Sudah ramai datang bertanya untuk membeli kucing tersebut, tapi saya tidak akan menjualnya pada sesiapapun. Maafkan saya ye. Pada saya kehadiran kucing ni satu anugerah dari Allah buat kami sekeluarga,” terang Abi dengan berhemah sekali.

“ Saya sanggup bayar berapa sahaja yang Mikail nak. Lagipun Mikail perlukan duit sekarang ni kan. Dengan duit yang saya berikan nanti, insyaallah Mikail boleh gunakan untuk membuka perniagaan baru,” tawar Encik Daniel pada Abi.

“ Terima kasih atas tawaran Daniel tu. Saya tetap dengan pendirian saya, saya tidak akan jual kucing itu,” Abi masih cuba menolak tawaran Encik Daniel dengan baik.

“ Mikail!! Ko jangan kesal tak jual kucing tu pada aku!! Jangan nanti ko terhegeh-hegeh pula datang cari aku untuk jual kucing tu. Sedarlah sikit, sejak kucing tu hadir dalam hidup ko sekeluarga, perniagaan ko terus jatuh menjunam!! Bukalah mata ko tu sikit!!” Encik Daniel berkata dengan kasar dan terus berlalu pergi tanpa menjamah air yang Umi hidangkan.

Abi terkejut dengan kata-kata Encik Daniel tadi. Hati Abi dipagut pilu mendengar kata-kata Encik Daniel tadi.

“ Sabarlah Abi, semua ni ujian dari Allah. Pasti ada hikmah disebalik segala ujian ni,” Umi memujuk Abi sambil memeluk Abi.

Aku, Along, Angah, Alang dan Acik datang pada Umi dan Abi setelah melihat adegan tadi hanya didapur.

“ Sabarlah Abi, insyaallah semua ujian ni akan berlalu pergi,” kata Along. Semua yang mendengar hanya mengangguk sahaja.

      “ Time kasih kerana menyayangi saya dan tidak menjual  
         saya. Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian
         sekeluarga.”

Aku membaca kertas yang Babysweet hulurkan pada aku. Aku memandang Babysweet, dan aku terkejut bila melihat dimata Babysweet mengalir airmata seperti airmata manusia.

Aku terus mengangkat dan memeluk Babysweet seraya berkata,” Insyaallah, selagi kami mampu, kami akan jaga kamu Babysweet. Kami semua sayang kamu dan tidak akan jual kamu. Duit bukan segala-galanya bagi kami,” terangku sambil airmataku mengalir dengan laju. Semua yang ada disitu bergili-gilir mengambil Babysweet dan memeluknya.


@@@@@@@@@@

Sejak kejadian tempoh hari, bila kami sekeluarga keluar dari rumah, kami perasan, pandangan jiran-jiran mahupun peniaga-peniaga disekitar taman perumahan kami lain macam. Kami tertanya-tanya didalam hati, kenapa semua orang lain macam je dengan kami.

Malah jiran-jiran yang selalu bertandang ke rumah kami juga berpaling muka bila terserempak dengan kami sekeluarga. Aku menangis sendirian bila mengenangkan segala yang melanda keluargaku.

“ Sabarlah wahai anak kecil. Ujian ini pasti berlalu. Sentiasalah dekatkan diri pada Allah dan banyak-banyak berdoa kepada Allah. Jagalah Babysweet dengan baik. Ada hikmahnya kehadiran Babysweet dalam keluarga kamu.” Sebaik kata-kata tersebut berakhir, aku terjaga dari tidurku.

“ Erkkk,.. Aku tertidur rupanya. Tapi kenapa aku macam pernah dengar suara tadi,” aku bermonolog dalam hati. Setelah puas memerah otak cuba mengingatkan suara tadi, akhirnya, “ oh ye, aku pernah dengar suara ini dalam mimpiku sebelum aku bertemu Babysweet. Ohh cahaya yang dimaksudkan tu Babysweet rupa-rupanya. Aku ingat mainan tidur je. Insyaallah aku sekeluarga akan jaga Babysweet dengan baik,” aku bercakap dengan diriku sambil berjanji. Mimpi-mimpi yang hadir dalam tidurku, aku tidak pernah cerita pada sesiapapun.


@@@@@@@@@@

“ Mikail, sini kejap,” Pakcik Leman pemilik warong berhampiran rumah aku memanggil Abi yang kebetulan lalu dekat warong dia.

Ada apa abang Leman?” Tanya Abi bila Abi betul-betul berada didepan Pakcik Leman. Pakcik Leman ni lebih tua daripada Abi sebab tu Abi panggil abang.

“ Aku cakap ni ko jangan marah ye. Aku Cuma nak kepastian je,” Pakcik Leman bersuara.

“ Lain macam je cara abang Leman cakap ni. Ada kes berat ke?” Abi cuba bertanya.

“ Macam gini, betul ke aku dengar cerita, kucing yang ko bela tu ada jin? Dah heboh satu kampong ni pasal ko bela kucing yang ada jin ni,” terang Pakcik Leman dengan berhati-hati.

“ Astagfirullahalazimmmm,” Abi beristigfar mendengar pertanyaan Pakcik Leman. “ Kalaulah kucing tu ada jin, takkanlah perniagaan saya boleh tutup? Kan saya boleh minta tolong dengan jin tu je untuk buat saya sekeluarga kaya-raya. Anak-anak saya pun tak payah susah payah bantu saya sara kami sekeluarga dalam keadaan saya yang masih tak de keje ni. Memang pada logik akal, mustahil kucing boleh menulis. Tapi tidak mustahil kalau Allah nak buktikan kekuasaannya pada kita. Saya sekeluarga anggap kehadiran kucing ni sebagai anugerah. Patutlah sejak akhir-akhir ni kami sekeluarga perasan, pandangan orang-orang disini pada kami sekeluarga lain macam je,” Abi menjelaskan dengan panjang lebar.

“ Maaflah, saya sekadar bertanya dan nak dapatkan kepastian je,” luah Pakcik Leman.

“ Tak pelah bang, saya maafkan. Oh ye, dari mana semua orang dengar cerita karut ni?” Tanya Abi untuk mendapatkan kepastian bagaimana cerita karut ni tersebar.

“ Dari orang kampung sebelah, Kampung Rimau,” jelas Pakcik Leman.

“ Dari kampong sebelah? Tak sangka saya sampai begini jadinya bila saya tak bersetuju jual kucing tu,” luah Abi.

“ Sabarlah Mikail, insyaallah ada hikmah atas apa yang berlaku ni,” Pakcik Leman nasihat Abi.

“ Time kasih ye bang, bagitau saya semua ni. Saya minta diri dulu,” Abi berkata dan terus berlalu pergi.

Kami sekeluarga terperanjat mendengar cerita Abi tentang segala pertanyaan Pakcik Leman tu. Tapi kami tetap bersabar berhadapan dengan semua ini. Kami kuat kerana kami sekeluarga bersatu dan kasih sayang antara satu sama lain membuatkan kami lebih tabah berhadapan dengan segala macam ujian yang hadir.

Sejak itu, pandangan dan hubungan penduduk ditaman ini dengan kami sekeluarga beransur pulih. Kami sekeluarga lega dengan perubahan ini walaupun masih ada insan yang pandang serong pada kami sekeluarga.



@@@@@@@@@@

11 Bulan kemudian,…

“ Macam mana ni, dah hampir setahun, Abi masih macam ni juga dan tiada perubahan dalam hidup Abi. Minta kerja tak dapat. Nak bisnes semula pun duit tak de. Tempoh penangguhan bayaran hutang pun dah hampir tamat. Abi buntu. Tak tau nak buat macam mana lagi ni,” Abi meluahkan keresahan dihatinya ketika kami sekeluarga minum petang dipondok tepi rumah kami.

“ Abi rasa nak jual rumah ni. Dan sewa rumah lain. Duit jual rumah ni bolehlah buat tampung-tampung perbelanjaan dan persekolahan Sweet dan Acik,” sambung Abi lagi. Kami melopong dengar perancangan Abi tu.

“ Kalau Abi jual rumah ni dan sewa rumah lain, kita tetap mengeluarkan kos sewa rumah dan perbelanjaan kita setiap bulan tak jauh beza pun. Along rasa Abi sabar dulu ye, insyaallah ada jalan penyelesaian yang lebih baik,” Along bersuara.

“ Masa terus berjalan. Tapi Umi dan Abi masih terus menyusahkan anak-anak,” luah Umi.

“ Kami tak rasa susah untuk bantu Umi, Abi dan adik-adik,” jawab Along.

“ Betul tu,” serentak Angah dan Alang menyokong kata-kata Along. Aku dan Acik hanya mendengar sahaja. Umi dan Abi dah tidak boleh kata apa dan hanya mampu menurut sahaja pandangan Along kerana masing-masing tidak nampak jalan yang lebih baik.

@@@@@@@@@@

Keesokan harinya,…

“ Kau buat apa sekarang ni Mikail?” Tanya Pakcik Amir seorang sahabat lama Abi yang datang berkunjung ke rumah aku.

“ Aku macam nilah, duk rumah je. Dah puas cari kerja tapi tak dapat-dapat pun.Anak-anak yang banyak tanggung perbelanjaan keluarga. Aku malu dengan anak-anak aku,” luah Abi.

“ Aku sebenarnya dalam perancangan nak buka bisnes baru. Kedai dah ada. Sekarang dalam proses masukkan barang-barang. Masalah aku sekarang, tak de orang yang boleh handlekan bisnes aku ni. Kalo kau tak keberatan, bolehlah kau tolong aku,”

“ Oh ye ke,.. Kau nak niaga apa?” Tanya Abi.

“ Jual barang-barang frozen. Buat permulaan ni buat kecil-kecilan je dulu. Kalau sambutan menggalakkan nanti, insyaallah akan dibesarkan lagi bisnes ni,” terang Pakcik Amir.

“ Macam menarik je peluang ni. Nanti aku bincang dengan isteri dan anak-anak aku dulu ye,” Abi memberi jawapan dengan senyum lebar.

“ Jangan fikir lama-lama sangat ye,” pesan Pakcik Amir.

“ Insyaallah,” jawab Abi ringkas.

Setelah Pak Amir pulang, Abi menceritakan pelawaan Pakcik Amir pada Umi, aku dan Acik. Along, angah dan Alang tiada dirumah ketika itu.

“ Umi tak kisah kalau Abi nak terima pelawaan Pakcik Amir tu,” jawab Umi ringkas. Aku dan Acik hanya menganggukkan. Abi pun menghubungi Pakcik Amir dan menyatakan persetujuannya. 

Semingu setelah Abi menyatakan persetujuannya, Abi pun mula berkerja di kedai milik Pakcik Amir iaitu “ Amir Frozen”. Abi diamanahkan menjaga segala pengurusan kedai tersebut. Selain Abi, ada dua orang lagi pekerja disitu.

Tiga bulan pertama, perniagaan Pakcik Amir mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Segalanya berjalan lancar. Pakcik Amir benar-benar berpuas hati dengan hasil kerja Abi.

Masuk bulan keenam Abi bekerja dengan Pakcik Amir, Babysweet dilanggar sebuah kereta.

“ Walaupun kucing tu binatang! Tak boleh ke ko elak dari terlanggar dia? Ko ingat, dengan manusia je ke ko kena elak dari terlanggar diaorang???” sambil menangis, aku terjerit-jerit pada pemandu yang yang telah melanggar Babysweet. Bila melihat keadaan Babysweet berlumuran darah bertambah kuat tangisan aku.

Kebetulan ketika kejadian, aku berada ditepi pagar rumah dan aku melihat sendiri bagaimana Babysweet dilanggar. Aku tidak perasan langsung bila masa Babysweet keluar dari  pagar rumah, sedar-sedar dia dah kena langar. Babysweet jarang keluar tanpa salah seorang dari ahli keluarga aku.

“ Maaf cik, saya tak sengaja. Tak sempat nak break,” jawab pemandu itu dengan lembut.

“ Tak sengaja! Tak sengaja! Sekarang ko bawa aku ke klinik kucing dan ko mesti tanggung semua kos perubatan. Faham!!” Arah aku.

“ Baiklah,” pemandu tersebut bersetuju. Sebaik aku dan Babysweet masuk dalam keretanya, kereta ferrarinya pun meluncur dengan laju. Di dalam kereta, aku masih terus dengan tangisanku.

“ Ya Allah, selamatkanlah Babysweet. Janganlah kau ambil dia dari aku sekeluarga,” aku berdoa didalam hati.

Sampai sahaja diklinik, aku terus meluru masuk ke bilik doktor.

“ Doktor tolonglah selamatkan Babysweet. Tolonglah doktor,” aku merayu pada Dr Ravi yang biasa merawat Babysweet.

“ Sweet sabar ye, saya akan cuba bantu sedaya upaya saya,” jawab Dr Ravi.

“ Kamu tunggu diluar ye Sweet. Nurse! Bantu saya bagi oksigen pada Babysweet ni,” arah Dr ravi pada pembantunya bila melihat keadaan Babysweet semakin lemah. Pembantunya pun memasangkan alat bantuan pernafasan pada Babysweet.

Aku dan pemandu tadi tunggu diluar. Aku anggarkan umur pemandu itu dalam lingkungan awal 20 an. Dia setia menemaniku dan memperkenalkan namanya sebagai Norisam.

Aku meminjam handphone dia untuk beritahu Umi apa yang berlaku pada Babysweet. Sejam kemudian, Umi datang ke klinik bersama Abi dan Acik.

“ Bagaimana keadaan Babysweet?” Tanya Umi pada aku.

“ Masih dalam bilik rawatan,” jawabku ringkas.

Sedang kami menanti dengan penuh debaran, Dr Ravi keluar dari biliknya. Kami menanti dengan sabar penerangan dari Dr Ravi.

“ Maaf, keadaan Babysweet sangat lemah. Banyak luka dalaman yang dialaminya. Hanya dengan keajaiban sahaja dia akan kembali sedar dari koma dan pulih seperti sediakala.

Aku pengsan mendengar penerangan Dr Ravi.

Berkat doa kami sekeluarga, Babysweet sedar kembali setelah tiga hari koma. Alhamdulillah keadaan babysweet semakin baik.

 Seperti permintaanku, abang Norisam menanggung segala kos rawatan Babysweet. Kini Babysweet sudah boleh pulang ke rumah.



@@@@@@@@@@

Sejak kejadian itu, abang Norisam sangat akrab dengan keluargaku, Bila ada kelapangan, dia pasti datang ke rumah aku dan melawat aku sekeluarga termasuk Babysweet. Abang Norisam seorang peguam dan mempunyai firma guaman sendiri.

Keakraban abang Norisam dengan keluarga aku telah bejangkit pada ahli keluarganya yang lain. Kini ahli keluarga abang Norisam sangat akrab dengan ahli keluargaku. Aku sangat gembira kerana kini keluargaku dah semakin membesar hehehe,..

Dalam diam rupanya abang Norisam jatuh cinta pada Angah. Ketika lepak diruang tamu selepas makan malam,..

“ Umi, Abi, Along dan adik-adik semua, depan kalian semua, ingin saya nyatakan hasrat hati saya,” abang Norisam menyusun kata.

Setelah menarik nafas, sambil memandang tetap pada Angah” saya berhasrat untuk melamar Angah menjadi isteri saya,” luah abang Norisam. Semua yang mendengar sangat terkejut. Apatah lagi Angah yang tidak pernah terfikir perkara seperti ini akan berlaku.

“ Abi dan Umi sambut baik hasrat kamu. Tapi apa-apa pun, kenalah dapatkan persetujuan dari yang empunya badan,” terang Abi, dan Umi hanya mengangguk.

Serentak itu semua mata memandang kearah Angah dengan senyuman yang meleret.

“ Kenapa korang semua tersengih-sengih pandang Angah ni?” Angah bersuara bagi menutup debaran dihati.

“ Kami nak tau jawapan Angah,” terang Along mewakili kami semua.

“ Bagilah Angah masa untuk fikir dulu. Perkara ni sangat mengejut buat Angah,” luah Angah sambil memandang lantai.

“ Ambillah seberapa banyak masa yang Aqilah perlukan. Norisam sedia menanti,” abang Norisam menyatakan persetujuannya atas permintaan Angah tu.

Setelah dua minggu abang Norisam melamar Angah, Angah memberi persetujuan untuk menerima lamaran abang Norisam.

Sejak Angah menerima lamaran abang Norisam, aku semakin menjauhkan diri daripada abang Norisam. Setiap kali abang Norisam datang rumah, aku pasti memerap sahaja dalam bilik.

Semua orang perasan perubahan sikap aku. Suatu malam, Umi masuk ke bilik aku bersama Angah. “ Kenapa Sweet bersikap dingin dengan abang Norisam sejak Angah terima lamaran abang Norisam? Sweet tak suka ke Angah kawin?” Tanya umi. Aku menggelengkan kepala sambil memeluk Babysweet.

“ Cakaplah Sweet, apa masalahnya ni. Angah rasa tak bestlah macam ni. Kita sekeluarga sentiasa bersatu tapi kenapa sekarang Sweet bersikap begini?” dengan linangan air mata, Angah cuba memujuk aku untuk menceritakan tentang perubahan sikapku itu.

“ Sweet tak sanggup kehilangan Angah. Kalo Angah kawin dengan abang Norisam, mesti Angah tinggalkan kita sekeluarga. Sweet tak sanggup nak lalui semua tu,” dengan deraian iarmata yang mengalir laju, aku meluahkan apa yang terbuku dihati aku.

“ Angah masih bersama kita. Dan boleh je berkumpul dengan kita sekeluarga seperti biasa. Cuma bezanya nanti Angah dah ada suami. Kalau Sweet dah besar nanti pun, macam tu juga, akan berkahwin. Insyaallah keluarga kita tidak akan terpisah, Cuma semakin mebesar,” terang Umi.

Aku sekadar mengangguk dan mula boleh terima semua ini. Tanpa aku sedari, adegan memujukku tadi telah disaksikan angota keluargaku yang lain termasuk abang Norisam. Adoi, malunya semua orang tengok aku nangis. Aku hanya mampu tersengih sahaja.

“ Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar,” Abi memanjatkan kesyukuran setelah selesai majlis pertunangan Angah dengan abang Norisam. Angah dan abang Norisam bertunang sebulan selepas Angah menerima lamaran abang Norisam.


@@@@@@@@@@

Setelah lapan bulan perniagaan Pakcik Amir beroperasi, perniagaannya mula merosot sehinggakan Pakcik Amir tidak mampu bayar gaji Abi dan dua orang pekerja lain.

“ Aku rasa perniagaan aku ni terpaksa ditutup. Dah tak mampu lagi menanggung segala kos perbelanjaan termasuk bayar sewa kedai dan gaji korang semua,” dengan berat hatinya, Pakcik Amir terpaksa berterus terang.

“ Sayanglah kalau perniagaan ni ditutup. Tak de jalan lain lagi ke Mir,” Abi bertanya. Pakcik Amir hanya menggelengkan kepala. Abi mula resah, bingung memikirkan masalah yang melanda ni. Abi bakal kehilangan kerja dan pendapatan.

Masalah ini sampai ke pengrtahuan abang Norisam. Dalam diam, dia jumpa Pakcik Amir dan membeli perniagaan Pakcik Amir. Abang Norisam menyerahkan perniagaan itu pada Abi.

Pada mulanya  Abi keberatan untuk menerima pemberian bakal menantunya itu. Tapi setelah abang Norisam mencadangkan Abi bayar sedikit-sedikit segala modal yang dilaburkannya, barulah Abi bersetuju.

Sejak Abi mengambil alih perniagaan tersebut, perniagaan tersebut terus meningkat maju. Peningkatan yang sangat ketara dan berterusan. Alang membantu Abi bagi memajukan perniagaan frozen ini. Alang sanggup berhenti kerja semata-mata untuk membantu Abi.

Setelah hamper enam bulan Abi mengambil alih perniagaan Pakcik Amir, Abi membawa Umi dan Babysweet menunaikan ibadah umrah selama 14 hari dengan penerbangan Pakistan Airlines.

Sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah, perniagaan diuruskan sepenuhnya oleh Alang beserta dua orang pekerja.

Angah pula mengambil cuti untuk menjaga dan menguruskan persekolahan aku. Sepanjang ketiadaan mereka, semuanya berjalan lancar. Cuma aku agak sedih sedikit, kerana selama ini aku belum pernah berjauhan dengan mereka.

Setiap hari aku menghubungi Abi dan Umi. Abi sihat-sihat sahaja. Cuma Umi batuk-batuk, mungkin disebabkan perubahan cuaca. Babysweet pula pengsan pada hari pertama jejakkan kata dikota Mekah. Tapi syukur Alhamdulillah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.


@@@@@@@@@@

Di Klia, Sepang,…
Setelah 14 hari menunaikan ibadah umrah, Abi, Umi dan Babysweet pulang ke Malaysia.

“ Babysweet, say hai pada semua orang,” Abi menyuruh Babysweet bercakap. Kami semua ketawa bila dengar Abi cakap begitu, sebab kami ingat ianya hanya gurauan setelah lama tidak berjumpa.

“ Assalamualaikum semua. Apa kabo? Nama saya Babysweet,” Babysweet bersuara. Kami semua melopong mendengarnya. Orang-orang yang berhampiran kami juga terkejut mendengarnya. Ramai yang ambil kesempatan bergambar dengan Babysweet.

Rupanya ketika diMekah, setelah Babysweet tersedar dari pengsan , dia terus boleh bercakap. Dimekah, Babysweet sangat terkenal dan seperti biasa, ramai yang ingin membelinya. Tapi Abi menolak permintaan mereka dengan baik. Malahan mereka bertiga sentiasa mendapat layanan yang baik dari semua pihak.

Abi rehat hampir dua minggu setelah pulang dari umrah. Angah pula sudah memulakan kerja seperti biasa. Selepas rehat selama dua minggu, Abi kembali menguruskan semula perniagaannya.

Kini perniagaan Abi semakin maju. Dengan izin Allah, resepi yang diberi Babysweet, kini Abi mempunyai produk frozen jenama sendiri atas nama “MIKAIL ENTERPRISE”. Diperingkat awal membina jenama sendiri, Abi kilangkan produk dikilang milik bumiputera. Abi belum mampu membina kilang sendiri.



@@@@@@@@@@

Setahun setelah Abi membina jenama sendiri, Along dan Angah mendirikan rumahtangga. Semua kos majlis perkahwinan, ditanggung sepenuhnya oleh Abi. Abi kata sebagai ucapan terima kasih pada Along dan Angah yang sanggup membantu Abi dan Umi ketika Abi terpaksa menutup perniagaan bundle toys dulu.

Alhamdulillah segala perjalanan majlis berjalan lancar. Along berkahwin dengan kawan tempat kerjanya dan Angah pula kahwin dengan abang Norisam lah, sape lagi hehehe,.. Setelah mendirikan rumahtangga, Angah berhenti kerja dan menolong Abi.

Kini abang Norisam a.k.a abang ngah telah melabur dalam perniagaan Abi untuk membuka kilang sendiri. Diperingkat awal membuka kilang sendiri, banyak barang frozen Abi rosak sebelum tarikhnya.

Tapi Along dan abang Ngah banyak support untuk cover semula kerugian yang Abi tanggung. Alhamdulillah selepas itu dengan izin Allah perniagaan Abi terus berkembang maju. Walau Abi telah menjadi ahli perniagaan yang Berjaya, cara hidup kami sekeluarga masih sama dan sentiasa bersederhana.

Alhamdulillah dengan izin Allah, kami sekeluarga dapat lalui dan keluar dari episod duka dengan tabah. “ Terima kasih Ya Allah atas segala nikmat yang engkau pinjamkan ini,” aku panjat kesyukuran ke hadrat ilahi.




nOtA KaKi: nI kALi PeRtAmA sAyA MeNuLiS cERpEn. sEKaDaR sUkA-sUkA MeNgIsI MAsA yAnG ADa. cErPeN iNi TiAdA kAiTAN dEnGaN kEhIdUpAn ReALitI kItA. sEKaDaR bERhIbUr. mEmAnG tIaDa kUcInG yAnG mEmPuNyAi KeIsTiMeWaaN sEbEgInI dIdUNiA iNi. sELaMaT mEmBaCa.






No comments:

Post a Comment