Search This Blog

Loading...

Sunday, 18 September 2011

BaLqIs

Assalamualaikum,..






Aku resah memikirkan, sama ada aku perlu sambung belajar ataupun menjaga ibu yang sedang terlantar sakit. Ikut kata ibu, dia suruh aku sambung belajar. Tapi aku kasihan melihat ayah yang terpaksa menjaga ibu dan menguruskan adik-adikku yang lain.

“ Ya Allah, sesungguhnya kini aku dalam dilema. Ya Allah berilah aku pertunjuk, haruskah aku sambung belajar  atau menjaga kebajikan ibu yang sedang sakit. Sesungguhnya aku hambaMu yang lemah, mohon sebaik-baik pertunjuk dariMu Ya Allah. Apa pun pertunjuk yang kau berikan, aku redha menerimanya. Ampunilah diriku hambaMu yang lemah ini,” Aku berdoa seusai menunaikan solat istikharah di satu pertiga malam nan indah ini.

Seusai aku menunaikan solat taubat, istikharah dan hajat, aku kembali memejamkan mata disisi ibu. Tidurku sangat lena dalam keadaan masih berwuduk. Tepat jam 6.00 pagi aku terjaga lalu menunaikan solat subuh berjemaah bersama ayah, ibu dan tiga adikku yang lain.

“ Ayah, ibu, Along dah buat keputusan untuk tolak tawaran sambung belajar,” aku mula bersuara setelah selesai menunaikan solat jemaah tadi.

“ Along tak perlulah berkorban sampai macam tu sekali,” jawab ibu.

“ Insyaallah ayah mampu jaga ibu dan adik-adik kamu yang lain,” ayah pula menjawab.

“ Macam mana Along nak sambung belajar ayah kalo hati Along risau memikirkan keadaan ibu. Belajar bila-bila boleh. Tapi Along hanya ada satu ibu. Yang tak boleh ditukar ganti dengan apa-apa pun. Along tak nak menyesal dikemudian hari. Semata-mata kerana impian yang belum pasti, Along abaikan ibu,” jawabku sambil menitiskan air mata.

Semua yang dengar hanya mampu diam. Ayah dan ibu berpandangan sesama sendiri. Mungkin rasa serba salah sedang menghimpit perasaan mereka.

“ Ayah, izinkanlah Along berbakti pada ibu selagi hayat ibu masih ada,” aku cuba memujuk ayah, sambil mengoncangkan tangannya.

“ Along tak nyesal ke nanti, tak dapat sambung belajar?” ayah menyoalku. Ibu sekadar memerhati sahaja.

“ Along akan lebih menyesal kalo tak dapat jaga ibu,” jawabku.

“ Terpulang pada Along lah kalo sudah itu pilihan Along. Tapi jangan nyesal dikemudian hari,” ayah menjawab sayu.

“ Terima kasih ayah. Insyaallah Along takkan menyesal,” jawabku dengan lega.




@@@@@@@@@@

“ Ibu, dah tiba masa makan ubat bu,” aku mengejutkan ibu yang sedang baring. Lalu ibu bangun dan memakan ubat-ubat yang aku suapkan.

“ Kesian kamu Long, terpaksa jaga ibu yang dah tak mampu buat apa-apa ni,” ibu bersuara disaat aku ingin melangkah ke dapur. Sebaik mendengar ayat ibu, aku duduk kembali disisi ibu.


“ Sudahlah tu ibu. Ibu jangan fikirkan sangat tentang Along. Yang penting kesihatan ibu tu. Nanti kalo ibu sembuh, Along sambunglah belajar ye bu,” aku memujuk ibu.

“ Ibu rasa serba salah terpaksa menyusahkan kamu,”

“ Sudahlah tu ibu, jangan banyak fikir ye bu. Along nak masak ni, nanti ayah dan adik-adik balik nak makan,” jawabku sambil mencium pipi ibu, terus berlalu ke dapur.

Di dapur, aku menangis sendirian. Memang hadir rasa sedih dihati bila melihat kawan-kawan dapat menyambung pelajaran ke menara gading. Tapi aku tidak boleh pentingkan diri sendiri. Ayah, ibu dan adik-adikku memerlukan perhatian ku…

“ Ya Allah, kau redhakanlah hatiku ini menerima ketentuanMu dan kuatkanlah hatiku ini untuk menjaga kebajikan keluargaku,” aku berdoa di dalam hati.

Aku mengelap airmataku lalu memulakan sessi memasak. Aku masak serba ringkas sahaja. Pukul 12 nanti ayah akan balik dari ladang nak makan. Dan pukul 1.00 adik-adikku akan pulang dari sekolah. Oleh itu aku masak secepat mungkin agar apabila mereka pulang nanti, makanan dah terhidang dibawah tudung saji.

Selesai memasak, aku memberi ibu makan dan menguruskan ibu.


@@@@@@@@@@


“ Aku benar-benar respek kat kau, kau sanggup lepaskan peluang sambung belajar semata-mata untuk menjaga keperluan ibu dan ahli keluarga kau yang lain. Aku belum tentu dapat lakukan semua tu,” kata Amira sahabatku ketika berkunjung ke rumahku.

“ Mira, keluargaku adalah segala-galanya bagiku. Pelajaran, bila-bila boleh sambung. Tapi kalo ibu aku pergi disaat aku sambung belajar, aku pasti menyesal seumur hidup. Lagipun tak rugi berbakti pada ibubapa kita selagi hayat mereka dikandung badan,” jawabku panjang lebar.

“ Betul tu, tapi kita kan ada impian. Takkan nak lepaskan impian kita begitu saja,”

“ Mira! Kau lebih pentingkan impian? Sejauh mana kau pasti kau akan miliki impian kau tu? Ibubapa dan ahli keluarga adalah sebuah tanggungjawab buat kita. Adakah menjaga ahli keluarga agar segala-galanya dalam keadaan baik, bukan satu impian???,” aku benar-benar marah bila Amira mempersoalkan jalan hidup yang aku pilih.

“ Memanglah, tapi impian untuk berjaya dalam hidup, mempunyai pendapatan lumayan dan kehidupan yang mewah lebih penting. Bila kau dah punyai kerjaya yang bagus, kau boleh senangkan keluarga kau,” terang Amira dengan suara yang agak tinggi untuk mempertahankan pendapatnya.

“ Kekayaan dan duit yang bergunung-ganang tu boleh ke kembalikan ibu aku kalo dia dah tak de nanti???” aku menyoal Amira. Ternyata Amira terpinga-pinga dengan pertanyaan ku itu.

“ Oklah aku minta diri dulu. Assalamualaikum,” kata Amira dan terus keluar dari rumahku.

Tanpa aku sedari, ayah mendengar perbualan aku dan Amira tadi. Aku tidak terkata apa bila ayah merenung diriku.

“ Along, terima kasih kerana sanggup berkorban untuk ayah, ibu dan adik-adik. Ayah bersyukur dikurniakan anak seperti kamu. Besar sungguh pengorbanan kamu,” ayah bersuara.

“ Ayah, apa yang Along lakukan ni, tidak sebesar mana pun ayah. Sudah-sudahlah tu fikirkan tentang diri Along. Along ikhlas lakukan semua ni,” jawabku bagi menenangkan hati ayahku.

Aku terus berlalu pergi dari situ. Aku dah malas nak dengar segala rasa serba salah yang tersarang dalam diri ayah. Aku tak nak ayah terus-terusan merasa terbeban dengan pengorbanan yang aku lakukan. Secara luaran, aku nampak kuat, tapi hakikatnya hatiku juga turut bersedih tidak dapat sambung belajar.

Rasa itu, tidak dapat aku nafikan. Sebab itu aku tidak suka sesiapa pun mengungkit tentang keputusan yang telah aku buat. Biarlah aku tenang melalui kehidupan ini dengan keputusan yang telah aku buat.

Sebagai insan, aku punyai keinginan untuk berjaya dan menjadi insan yang disegani. Sebagai anak, aku ingin berbakti kepada mereka selagi hayat mereka dikandung badan.

Sambung belajar, bila-bila sahaja aku boleh buat, tapi untuk berbakti pada ayah dan ibu, aku tidak tahu berapa lama lagi kesempatan yang ada. Salahkah aku memilih untuk berbakti pada ayah dan ibu??? Salahkah aku,.


@@@@@@@@@@

“ Balqis, kenapa kamu tak sambung belajar? Ayah kamu kan boleh jaga mak kamu,” kata Pak Abu pemilik kedai runcit dikampungku sebaik aku melangkah masuk ke kedai runcitnya.

“ Salah ke kalo Qis nak jaga ibu?” aku menyoal kembali Pak Abu.

“ Salah tu tidaklah tapi kan lebih baik kamu sambung belajar. Kamu masih muda, masa depan masih cerah,”

“ Ala Pak Abu ni, biarlah Qis nak jaga ibu dia. Apa salahnya berbakti pada orang tua,” nyampuk Mak Jah yang mendengar perbualan kami.

“ Yela Pak Abu, sementara ada ayah dan ibu ni, biarlah Qis jaga kebajikan mereka. Ajal maut ditangan Allah. Qis tak nak menyesal dikemudian hari nanti,” aku menjawab sambil menahan gelojak dihatiku.

“ Betul tu Qis, Mak Jah sokong keputusan kamu tu. Anak yang baik, dia akan utamakan ibubapa lebih dari segala-galanya,”

“Terima kasih Mak Jah. Pak Abu, ayah ibu dan adik-adik adalah segala-galanya bagi saya,” jawabku terus berlalu pergi tanpa membeli barang.

“ Apalah kamu ni Abu cakap macam tu pada si Balqis tu. Kalo kamu, nak ke kamu uruskan isteri kamu sendirian? Tak sedih ke kalo anak-anak biar kalian berdua macam itu je? Jangan pertikai kebaikan yang ingin orang lakukan,” nasihat Mak Jah pada Pak Abu.

Pak Abu hanya diam mendengar nasihat percuma Mak Jah. Mungkin memikirkan kebenaran kata-kata Mak Jah.

Begitulah orang kampungku, ada yang menyokong keputusan yang aku buat, ada juga yang menyalahkan ayah kerana menyusahkan aku. Aku tidak ambil peduli  apa pun orang nak kata. Yang penting aku tahu apa yang aku buat ni betul.


@@@@@@@@@@

“ Innalillahiwainnalillahirojiun,” ucapku lalu kiamkan tangan ibu dan menyelubung ibu dengan kain batik lepas. Ayah dan adik-adikku meraung menangisi pemergian ibu.

Hampir 5 tahun aku menjaga segala kebajikan ibu, kini ibu telah kembali ke rahmatullah. Aku sangat sedih dengan kehilangan ibu tapi aku merasa puas, aku dapat berbakti pada ibu sebelum ibu pergi menghadap ilahi.

Tiada sikit pun kekesalan dihatiku. Aku berlapang dada melepaskan ibu pergi buat selama-lamanya. Ibu pergi kerana menghidapi penyakit kanser payudara.

Ibu dapat bertahan sampai 5 tahun pun dah satu rezeki buat aku sekeluarga. Jarang-jarang insan yang menghidap kanser payudara tahap 4 bertahan begini lama.

“ Syukur Ya Allah, memberi aku kesempatan untuk berbakti pada ibuku semasa hayatnya masih ada,” aku memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi.

Alhamdulillah segala proses menguruskan jenazah ibu berjalan lancar hingga ke peringkat akhir.

Tiga malam berturut-turut aku sekeluarga mengadakan kenduri arwah khas buat ibuku. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan Allah.

“ Along, kini ibu dah tak de. Kamu bolehlah sambung belajar ye. Teruskan impian kamu,” ayah bersuara sebaik selesai majlis arwah malam ketiga.

“ Ayah, ibu baru je pergi. Biarlah dulu. Kalo ada rezeki Along, insyaallah tak kemana,” jawabku ringkas dan diperhatikan adik-adikku tanpa berkata apa.

“ Terpulang pada kamulah Along. Ayah hanya doa yang terbaik untuk kamu,”

“ Yela ayah, terima kasih,” jawabku.

“ Dah malam ni, jomlah tido, esok korang semua nak sekolah,” ayah bersuara.

“ Angah tak sekolah esok, masih bercuti,” jawab adikku Angah sambil tersengih.

“ Yela, ayah lupa. Jomlah kita semua tido, dah lewat ni,”


@@@@@@@@@@

Aku kini telah berusia 23 tahun. Kawan-kawan ku ramai yang sudah menggenggam segulung ijazah dan mempunyai pekerjaan yang baik. Sahabat baik aku Amira juga telah Berjaya dalam hidupnya. Aku mendengar khabar tentang dia hanya melalui kawan-kawan sahaja.

Amira terus tidak menunjukkan diri sejak aku membuat keputusan untuk menjaga ibu. Aku redha jika keputusan yang aku buat telah menjarakkan hubungan baik kami.

Aku gembira melihat kawan-kawan aku meraih kejayaan. Adik aku Angah a.k.a Hakim berada di tahun akhir dalam jurusan perakaunan di UITM Shah Alam. Adik aku Alang a.k.a Haiza pula baru sahaja mendapat keputusan peperiksaan SPM iaitu 9A dan adik aku yang bongsu bernama Danish, sedang belajar di MRSM di tingkatan 4 setelah mendapat keputusan 7A dalam peperiksaan PMR.

Aku gembira gembira melihat adik-adik aku turut Berjaya meraih keputusan yang baik. Walaupun kami dari keluarga yang susah, tapi kami adik-beradik berusaha keras mengubah hidup kami. Kesusahan bukanlah pematah semangat kami untuk Berjaya.


@@@@@@@@@@

“ Ayah, Along diterima masuk ke UPM Serdang,”

“ Alhamdulillah. Dapat jurusan apa?” Tanya ayah

“ Sains computer tapi Diploma je,”

“ Along terima lah tawaran tu ye. Diploma pun ok juga. Nanti kan boleh sambung ambil ijazah pula,”

“ Yela ayah. Tapi kalau Along sambung belajar, macam mana ayah dengan adik-adik, sape nak uruskan?”

“ Tu semua kamu jangan risau, tau la ayah nak uruskan. Kamu dah lama tangguh pengajian kamu. Kali ni jangan tangguh lagi ye,” pujuk ayah.

“ Apa yang Along dan ayah borakkan ni,” tiba-tiba Angah muncul di pangkin aku dan ayah duduk.

“ Ni ha Along kamu dapat tawaran sambung belajar ke UPM,” jawab ayah.

“ Oh ye ke. Syukur Alhamdulillah. Eloklah tu, Angah pun dah nak habis belajar. Nanti Angah dah dapat kerja bolehlah Angah bantu kewangan pada Along,” Angah menyambut baik berita aku mendapat tawaran melanjutkan pelajaran.

“ Alhamdulillah. Nanti ringan sikit beban ayah. Time kasih Angah,” kata ku.
“ Ala Along, apa lah sangat pertolongan tu nanti. Along lagi banyak berkorban untuk keluarga kita. Apa salahnya nanti Angah pula ganti tempat Along,” Angah merendah diri.

“ Time kasih Angah. Along sangat hargainya,”

“ Ayah bersyukur miliki anak-anak seperti kalian semua. Semuanya menyenangkan ayah. Ayah minta maaf, ayah tak mampu bagi kamu harta benda, ayah hanya mampu bekalkan kamu dengan ilmu. Mudah-mudahan kalian semua tidak mewarisi kesusahan ayah dan ibu,” ayah berkata dengan juraian airmata kesyukuran sambil memeluk aku dan Angah.

“ Ayah, kami bersyukur dengan apa yang ayah dan arwah ibu berikan. Pengorbanan ayah dan arwah ibu sangat besar buat kami,” jawabku.

“ Betul tu ayah, apa yang ayah dan arwah ibu berikan sangat bernilai buat kami. Harta boleh dicari jika ilmu yang dibekalkan bermanfaat buat kami,” ulas Angah.

“ Ayah, Angah, jom kita naik ke rumah. Dah nak maghrib ni. Nanti lepas solat maghrib kita makan sama-sama ye,”

“ Yela,” serentak ayah dan Angah menjawab. Serentak itu juga mereka mengekori aku naik ke rumah.


@@@@@@@@@@

Setiap pagi seperti biasa aku akan mengemas rumah dan memasak. Ayah pula akan ke kebun menorah getah. Kalo Angah dan Alang di rumah, ringan sikit kerja aku dan ayah. Angah akan ikut ayah ke kebun dan alang pula akan membantu aku di rumah.

Pada kebiasaannya aku akan memasak dan Alang akan mengemas rumah. Tapi hari ini, aku saja nak tukar angin. Aku suruh Alang memasak dan aku pula mengemas luar dan dalam rumah. Sesekali merasa air tangan adik, apa salahnya kan,..

Sedang aku mengemas bilik Alang, au ternampak satu surat dalam dalam bakul sampah. Aku buka dan baca surat tersebut. Alangkah terkejutnya aku bila membaca kandungan surat tersebut.

“ Alaaanngggg! Ohhh Alaanngggg!” jeritku dengan suara yang sangat nyaring.

“ Kenapa ni Along terjerit-jerit macam nak keluar anak tekak?” Alang menyoal aku bila dia tiba di biliknya.

“ Ni apa ni?! Apa semua ni?!” tanyaku sambil mencampakkan surat tersebut pada Alang. Alang terdiam. Tidak berani bersuara.

“ Jawab Lang! Jawab! Kenapa diam!” aku menggongcang tubuh Alang dengan geram.

“ Tawaran sambung belajar,” jawab Alang perlahan.

“ dah tu kenapa Alang buang surat tu? Kenapa Lang?” Soal ku.

“ Along, Alang tak nak nyusahkan ayah. Sekarang Angah masih berada ditahun akhir. Tak lama lagi, Along pula nak masuk UPM. Alang tak nak ayah terbeban menanggung kita semua. Biarlah Alang mengalah,” terang Alang panjang lebar diiringi deraian airmata yang meluncur laju.

“ Along sanggup menolak tawaran tu dik. Tapi Along tak sanggup tengok adik Along melepaskan peluang sebegini,”

“ Tidak Along! Along dah banyak berkorban untuk keluarga kita. Biarlah alang pula mengalah long,” Alang menghalang hasrat aku.

“ Alang, adik-adik adalah keutamaan Along. Along nak Alang terima tawaran tu ye,” aku memujuk Alang.

“ Tapi long,”

“ Tak perlu tapi-tapi lagi. Along akan tolak tawaran belajar tu. Alang masih muda, kejarlah cita-cita Alang selagi alang termampu. Biarlah Along pikul tanggungjawab menjaga kebajikan keluarga kita. Alang jangan risau tentang Along ye saying,” aku meredakan keresahan dihati Alang lalu memeluk Alang.

“ Time kasih banyak-banyak Along. Semoga Allah memberkati hidup Along. Alan berjanji, Alang takkan sia-siakan peluang ni dan pengorbanan Along,” Alang membalas pelukanku dan mencium tangan ku,..

“ Sama-sama dik. Manfaatkan sebaiknya peluang yang ada dan jangan sia-siakan harapan Along dan ayah,”

“ Insyaallah Along,”


@@@@@@@@@@

Kini aku terpaksa menyimpan lagi hasrat aku untuk sambung pengajian yang telah sekian lama tertangguh. Diperingkat awal aku membuat keputusan untuk menolak tawaran ke UPM, ayah membantah.

Tapi setelah aku tetap berkeras untuk berundur dan memberi laluan pada Alang, ayah mengalah dengan keputusan aku itu. “ Maafkan aku ayah, bukan niatku untuk melukai hatimu. Tapi aku tidak sanggup melihat adikku sendiri berkorban untuk aku” kata aku di dalam hati.

Setelah enam bulan Alang masuk UPM, Angah tamat pengajiannya. Dan sebaik sahaja tamat pengajian, Sebuah firma Akaun milik Dato’ Yusof menerima Angah bekerja. Alhamdulillah dengan gaji yang Angah perolehi, dapatlah mengurangkan beban ayah menanggung Alang dan Danish.

Aku bersyukur, Angah menunaikan janjinya untuk membantu ayah apabila dia mula bekerja. Walaupun kini Angah bekerja di Kuala Lumpur, Angah pasti balik menjenguk aku, ayah dan Danish pada setiap bulan. Alang juga begitu, sering pulang melawat kami.

Aku rasa berbaloi dengan pengorbanan yang telah aku lakukan bila melihat Angah dan Alang tidak lupa diri dan tidak hanyut mengikut arus kehidupan yang melalaikan. Syukur Alhamdulillah.


@@@@@@@@@@

“ Assalamualaikum,.  Balqis, ohh Balqis,” aku mendengar orang memberi salam di hadapan rumahku dan menjerit nama aku. Aku di dapur berlari ke hadapan rumah.

“ waalaikummussalam. Ye saya, kenapa Pak Kassim?”

“ Ayah kamu jatuh kat kebun tadi, sekarang dia berada di hospital,” terang Pak Kassim. Aku terperanjat mendengarnya. Serta merta airmataku merembes keluar.

“ Macam mana ayah boleh jatuh? Teruk ke keadaan ayah? Sape yang hantar ayah ke hospital?” aku soal Pak Kassim bertalu-talu.

“ Pakcik pun tak tahulah macam mana dia jatuh tapi Pakcik Rahman yang hantar dia ke hospital. Kalo kamu nak ke hospital, moh lah Pakcik hantar naik kereta buruk Pakcik ni,”

“ boleh juga, saya pun tak tahu macam mana nak ke hospital tu. Pakcik tunggu sekejap ye, saya nak tutup semua pintu-pintu rumah,”

“ Baiklah. Cepat sikit ye,”

“ Pakcik, kita pergi ambil Danish dulu ye,” aku bersuara sebaik melangkah masuk ke dalam kereta Pak Kassim.

“ Bagus juga tu. Nanti kamu jangan lupa telefon adik-adik kamu yang duduk jauh tu ye,”

“ Insyaallah pakcik. Apa-apa pun Qis nak tengok ayah dulu. Kalo keadaan ayah tak teruk, rasanya tak perlulah telefon diaorang semua, nanti bimbing pula diaorang,”

‘ Bagus juga tu,” Pak kassim bersetuju dengan cadangan aku.

Sebaik sampai di sekolah Danish, aku minta izin dari guru yang sedang mengajarnya untuk membawa dia melawat ayah dihospital. Alhamdulillah gurunya memberi keizinan.

Sepanjang meneruskan perjalanan ke hospital, kami dalam kereta semuanya diam sahaja. Dari rumahku ke hospital, mengambil masa 30 minit. 30 minit itu aku rasa bertahun-tahun lamanya nak sampai.

Hatiku resah memikirkan keadaan ayah. “ Ya Allah, aku mohon pada Mu, jauhkanlah ayah aku dari perkara- perkara yang tidak diingini. Panjangkanlah umur dia. Aku sangat sayangkan ayah. Tolonglah Ya Allah, aku bermohon padaMu. Perkenankanlah doa aku ni Ya Allah,” doa aku dalam hati.


@@@@@@@@@@

Kini kaki ayah patah setelah terjatuh dikebun ketika menorah tempoh hari. Aku bersyukur walaupun kaki ayah telah patah, umur ayah masih panjang. Itu yang lebih penting. Hampir dua minggu aku berulang alik menjaga ayah dihospital, akhirnya ayah dibenarkan keluar hospital.

“ Maafkan ayah Along. Ayah dah banyak menyusahkan kamu. Along dah banyak berkorban untuk keluarga kita. Along korbankan masa remaja Along untuk keluarga. Along korbankan impian Along untuk masa depan adik-adik,” ayah menangis meluahkan segala yang terbuku dihatinya. Ayah benar-benar terharu melihat pengorbanan aku pada keluarga.

“ Tak pelah ayah, hanya ini yang Along mampu berkorban untuk keluarga kita. Apalah sangat pengobanan Along ni berbanding dengan pengobanan ayah dan arwah ibu,” jawabku bagi menenangkan hati ayah.

“ Ayah bangga miliki anak seperti Along. Along jauh lebih bernilai berbanding emas dan permata. Ayah bersyukur dikurniakan anak seperti kamu, Along,”

“Terima kasih ayah,”

“ Sama-sama nak. Ayah doakan kamu miliki sinar kehidupan yang lebih baik dari apa yang kamu miliki sekarang,” kata ayah sambil mengusap ubun-ubun aku.

“ Amin. Mudah-mudahan doa ayah dimakbulkan Allah. Amin,”

“ Amin,”

“ oh ye, minggu depan Angah ada Konvokesyen, ayah nak pergi tak?”

“ Ayah tak laratlah Along. Along pergilah wakilkan ayah ye. Bawa Danish sekali,”

“ kalo Along pergi, sape nak jaga ayah nanti?”

“ Minggu depan Alang start cuti semesta kan? So dia boleh jaga ayah. Along jangan risau ye. Along pergilah tengok dunia luar pula ye,”

“ Baiklah ayah,”


@@@@@@@@@@

Esok merupakan hari konvokesyen Angah. Hari ini, aku dan adikku Danish menaiki bas pergi ke rumah sewa Angah. Terpaksa pergi sehari lebih awal. Kalo bertolak esok, takut tidak sempat.

Angah agak sedih, dihari konvokesyen dia, ayah dan arwah ibu tidak dapat melihat dan sertai majlis yang penuh bersejarah dalam hidup dia. Tapi apakan daya, dia terpaksa akur dengan keadaan ayah yang tidak sihat dan ibu telah kembali kerahmatullah.

Apabila melihat Angah menerima segulung ijazah di pentas, aku rasa bangga dengan kejayaan Angah. Tidak dapat menerima sendiri segulung ijazah, tengok adik terima pun dah bersyukur sangat dan dah cukup gembira buat aku.

Angah menangis gembira menerima segulung ijazah. Penat lelah dia selama ini telah berbayar. Segala pengorbanan ayah, arwah ibu dan aku, Angah balas dengan sebuah kejayaan yang sangat bernilai buat kami sekeluarga.

Sebaik melangkah turun dari pentas, Angah memeluk aku dan Danish. Kami sama-sama menangis, menangis tanda gembira.

“ Tahniah Hakim,” kata Dato’ Yusof yang tiba-tiba muncul dibelakang aku sambil menghulurkan tangan pada Angah.

“ Eeh Dato’. Terima kasih ye Dato’. Dato’ datang tengok sape ni?” Angah menjawab sambil menyambut tangan yang Dato’ Yusof hulurkan. Angah terkejut dengan kemunculan Dato’ yusof merangkap bos ditempat kerja Angah.

“ Kebetulan saya free hari ni, saja nak tengok kamu terima ijazah. Sebagai tanda sokongan saya pada kamu,” jawab Dato’ Yusof

“ Ohhh. Terima kasih ye Dato’ sudi datang. Oh ye, kenalkan, ini Along saya dan ini adik bongsu saya Danish,”

Aku hanya senyum pada Dato’ Yusof dan Danish pula bersalaman dengan Dato’ Yusof.

“ Lepas ni kamu balik kampong kan? Kamu balik naik apa Hakim?” Tanya Dato’ Yusof.

“ Balik naik bas je Dato’,” jawab Angah ringkas.

“ Macam ni lah, biarlah saya je hantar kamu semua balik. Sejak ayah kamu sakit itu hari, saya belum berkesempatan nak melawat dia. Saya memang berhajat nak melawat dia. Oleh kerana hari ini saya free dan kebetulan kamu nak balik kampong, bolehlah saya melawat ayah kamu sambil hantar kamu balik. Boleh?”

“ Tak menyusahkan Dato’ ke? Rumah kami rumah kampong je. Takut Dato’ tak selesa nanti,” Along bertanya pada Dato’ Yusof untuk mendapatkan kepastian.

“ Kalo kamu sekeluarga boleh tinggal dirumah itu, kenapa saya tak boleh?”

“ Maaf Dato’. Saya Cuma takut Dato’ tak selesa je,” terang Along.

“ Kamu jangan risau. Dah jom, bolehlah kita gerak sekarang,” Dato Yusof mengajak kami ke kereta BMW 4 series miliknya. Apabila terlihat kereta semewah itu, aku jadi takut nak naik. Aku rasa aku tidak layak berada didalam kereta itu.

“ Apa tunggu lagi, naiklah,” pelawa Dato’ Yusof.

“ Jangan segan-segan. Naik je lah. Kereta ni hanya harta dunia saje,” terang Dato’ Yusof dengan rendah diri.

Aku, Angah dan Danish pun naiklah kereta mewah milik Dato’ Yusof tu. Macam orang jakun aku bila tengok kemewahan yang terserlah dalam kereta itu.

Sepanjang perjalanan ke rumah ayah, Dato’ Yusof banyak bertanya tentang kehidupan kami sekeluarga. Dan Dato’ tidak terlepas bertanyakan tentang diriku yang tidak sambung belajar.

Perjalanan empat jam itu tidak kami rasai kerana rasa seronok berborak dengan Dato’ yang pada pandangan aku seorang yang sangat merendah diri dan langsung tidak berbangga dengan kemewahan yang dia sekeluarga miliki.


@@@@@@@@@@

Di rumah Dato’ Yusof

“ Abang pergi mana, dua hari tak balik?” Tanya Datin Maria pada suaminya Dato’ Yusof.

“ Abang pergi rumah pekerja abang dekat Labis. Aritu ayah dia sakit tapi abang tak sempat nak tengok. Kebetulan dua hari lepas dia Konvokesyen, abang pergi tengok dia konvo dan hantar dia balik kampung, sambil melawat ayah dia,” terang Dato’ Yusof panjang lebar.

“ Kenapa tak bawa saya sekali?”

“ Maaflah saying, abang pergi pun tanpa dirancang. Secara kebetulan, dia cakap nak balik kampong naik bas, tu yang abang ambil keputusan untuk ke kampong dia. Lagipun kakak dan adik dia ada bersama dia. Maafkan abang ye saying. Lain kali abang bawa sayang ye,”

“ Yela, tapi lain kali jangan buat macam ni, risau saya abang senyap je tak bagitahu saya abang nak ke mana,”

“ Ye saying. Abang janji,” kata Dato’ Yusof sambil mengangkat tangannya sebagai tanda berjanji.

“ sape nama pekerja abang tu? Macam mana keadaan ayah dia?”

“ Hakim nama dia. Ayah dia tak berapa kuat nak berjalan sejak kaki dia patah, terjatuh dekat kebun getahnya. Kakak dia yang sulung jaga ayah dia tu. Saya kesian tengok kakak dia tu,”

“ Kenapa pula dengan kakak dia?”

“ Result SPM dia dapat 16A tapi dia sanggup tolak tawaran belajar semata-mata nak jaga kebajikan keluarga dia. Dulu, dia jaga mak dia yang menghidap kanser payudara. Lepas tu dia bagi peluang adik dia yang ketiga sambung belajar. Dan sekarang menjaga ayah dia pula. Zaman sekarang ni bukan senang nak dapat anak macam tu. Bertuah Pak Ismail dapat anak macam tu. Hakim yang bekerja dengan saya tu pun, kerjanya bagus. Saya sangat berpuashati,”

“ Yela kan, sejuk perut ibu dia ngandungkan dia. Bukan senang orang nak lepaskan peluang berada di menara gading setelah bertungkus lumus belajar dan mendapat result yang sangat bagus,”

“ Abang cadang nak jodohkan dia dengan anak kita Mikail. Apa pandangan sayang?”

“ Saya tak kisah, tapi apa-apa pun, abang tanyalah Mikail dulu. Dia yang akan hidup bersama dengan budak tu. Kalo dia setuju, syukurlah. Tapi kalau dia tak setuju, kita tak boleh paksa,”

“ Nanti sayang tolong tanyakan Mikail boleh?”

“ Ok insyaallah,”

Setelah Dato’ Yusof dan Datin Maria berbincang tentang aku, Datin Maria bertanyakan hal ini pada anak keduanya Mikail.

“ Tak naklah mummy. Kaer dah ada girlfriend,”

“ Dah berapa lama Kaer kawan dengan dia?”

“ Sejak tahun pertama di USM dulu,”

“ Bawa dia jumpa mummy,”

“ Ok mummy. Thanks mummy,” jawab Mikail sambil mencium pipi Datin Maria.


@@@@@@@@@@


Atas permintaan Datin Maria, Dato’ yusof membawa Datin Maria datang ke rumah aku. Aku terkejut dengan kehadiran mereka. Bukan apa, rumah aku ni sekadar rumah kampung yang dah usang, bila-bila masa sahaja boleh roboh.

Sedangkan mereka orang kaya. Aku tidak mampu menyediakan keselesaan buat mereka. Tapi aku sangat kagum dengan Datin dan Dato’, mereka langsung tidak kekok berada dirumah aku.

Malah bertambah-tambah mereka makan hasil masakan aku. Sikap mereka itu membuatkan aku rasa tiada jurang antara kami. Tapi aku tetap menghormati mereka.

Hampir empat jam berada dirumah aku, Datin dan Dato’ minta diri untuk pulang ke rumah mereka. Sebelum pulang, Dato’ menghulurkan sedikit duit pada ayah, tapi ayah menolak dengan baik.

Tapi Dato’ paksa juga ayah ambil. Nak tak nak ayah terpaksa ambil duit tersebut. Bila dikira, adalah dalam rm1000. Duit itu Terlalu banyak bagi kami.

“ Usang sungguh rumah mereka ya bang. Tapi bersih,” kata Datin Maria ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

“ Itulah, kasihan saya melihat keadaan hidup mereka sekeluarga. Kita patut bersyukur dengan limpahan rezeki yang Allah berikan pada kita,”

“ Betul tu,”

“ Apa pandangan awak tentang Balqis?”

“ Saya berkenan sangat dengan budak tu bang. Orangnya hitam manis, lemah lembut, berbudi bahasa, pandai masak pula. Tapi, Kaer dah ada girlfriend. Melepas kita nak bermenantukan Balqis tu,”

“ Sabarlah sayang. Kita tengok dulu girlfriend Kaer nanti, kalo ok, kita ambil keluarga Balqis sebagai keluarga angkat kita. Walau macam mana sekalipun, saya berhasrat untuk bantu keluarga dia dan hantar dia sambung belajar ke Amerika. Apa pandangan saying?”

“ saya setuju dengan dengan pendapat abang tu. Sekurang-kurangnya kita tetap boleh terus berhubung dengan mereka kan bang,”

“ Betul tu sayang,”

“ Anak pertama kita Faizal dah kawin, kalo anak bongsu kita, diaorang kecil lagi. Hanya Kaer je yang layak untuk dijodohkan dengan Balqis,”

“ tak pelah sayang, kalo ada rezeki kita bermenantukan Balqis tu, insyaallah tak ke mana. Jodoh pertemuan ditentukan Allah. Kalo dia tak jadi menantu kita, abang tetap anggap dia sebagai anak kita dan keluarga dia, keluarga kita juga,”

Datin Maria sekadar mengangguk, mengiakan kata-kata Dato’ Yusof.


@@@@@@@@@@
“ Assalamualaikum Datin,” Mia Maira a.k.a Mia memberi salam dan menyalam tangan Datin Maria.

“ Waalaikummussalam. Jemput masuk Mia,”

“ Time kasih Datin,”

“ Tak payah berdatin-datinlah. Panggil je aunty Maria,”

“ Baiklah aunty Maria,”

“ Jemputlah duduk. Makan tengahari dekat sini ye,” pelawa Datin maria pada Mia Maira, girlfriend Mikail.

“ Boleh je Aunty Maria. Nanti saya tolong masak sikit-sikit ye. Sekadar tolong je bolehlah. Nak masak sendiri tak pandai,” Mia berseloroh.

“ Kalau tak pandai, kenalah belajar. Nanti mati kelaparan anak aunty kalo Mia tak masak untuk dia,” Mia dan Datin Maria sama-sama ketawa mendengar gurauan Datin Maria.

“ Amboi, gembiranya,.. Apa yang diketawakan tu,” tiba-tiba Dato’ Yusof mencelah.

Ala, ni halo rang perempuan. Abang tak boleh tau,” gurau Datin Maria.

“ Yela-yela. Kaer mana ni? Bawa girlfriend tapi dia sendiri entah ke mana,”

Ada dekat luar, katanya nak basuh kereta kejap,” Mia menjawab.

Kehadiran Mia disambut baik Dato’ Yusof dan Datin Maria. Perwatakan Mia tidak jauh beza dengan aku. Setengah hari berada di rumah Dato’ Yusof, Mia pandai bawa diri. Di kesempatan yang ada, Dato’ Yusof dan Datin Maria bertanya segala tentang latar belakang Mia.

“ Bagus juga pilihan Kaer tu,” Datin maria mula bersuara sebaik Mikail menghantar Mia balik.

“ Saya pun berkenan. Alamatnya melepaslah kita nak bermenantukan Balqis,” Dato’ Yusof berkata sambil ketawa.

“ Tak pelah bang, kita tetap anggap dia anak kita kan,”
“ Betul tu,”



@@@@@@@@@@

Sebulan selepas Mia berkunjung ke rumah Dato’ Yusof, Mia dan Mikail ditunangkan dengan majlis yang sangat meriah. Aku sekeluarga dijemput hadir. Seminggu  aku sekeluarga berkampung di rumah Dato’ Yusof.

Sepanjang kami berada dirumah Dato’ Yusof, kami mendapat layanan yang baik. Malah kami akan dihadiahkan dengan hadiah yang istimewa. Apa hadiah tu kenalah tungguuuuuu,..

Seusai majlis pertunangan Mikail, aku sekeluarga berkumpul bersama-sama keluarga Dato’ Yusof. Dato’ Yusof sama seperti ayah, punyai empat orang anak. Anaknya yang pertama Faizal, sudah berumahtangga. Isterinya nama Laila. Aku panggil kak Laila. Baik orangnya. Lemah lembut pula tu.

Yang kedua Mikail a.k.a Kaer baru saja bertunang dengan Mia. Yang ketiga bernama Jasnita dan yang bongsu bernama Farouk. Kesemua anak-anak Dato’ Yusof, baik. Walaupun mereka kaya-raya tapi mereka tidak meninggi diri.

“ Pak Ismail, setelah berbincang dengan anak saya Faizal, kami sekeluarga sepakat nak Pak Ismail sekeluarga tinggal di sebelah rumah kami ni. Rumah tu sebenarnya milik Faizal tapi tak pe, nanti saya belikan lain untuk dia,” Dato’ Yusof bersuara. Ayah, aku dan adaik-adik sangat terkejut mendengar kata-kata Dato’ Yusof.

“ Terima kasih Dato’ Yusof. Saya tak perlulah Dato’ bagi rumah sebesar itu pada kami sekeluarga. Rumah dikampung pun masih elok lagi. Lagipun saya tak biasa duduk dekat Bandar ni,” ayah menolak pemberian Dato’ Yusof dengan baik.

“ Maaf Pak Ismail. Pak Ismail tak boleh tolak pemberian saya ni. Kalo Pak Ismail tolak, bermakna Pak Ismail merenggangkan hubungan silaturrahim antara kita,”

“ Tapi Dato’, saya tidak layak terima semua itu. Saya ni orang miskin je Dato’,tak layak duduk rumah banglo dua tingkat tu,” ayah masih cuba menolak
“ Saya tak nak dengar apa-apa pun alasan,” Dato’ Yusof memberi kata putus sambil memberi kunci rumah itu pada ayah. Ayah menangis menerima kunci tersebut dan memeluk Dato’ Yusof.

“ Terima kasih banyak-banyak Dato’, saya hargai jasa baik Dato’ ni. Semoga Allah balas segala jasa baik Dato’ pada saya sekeluarga.

Datin Maria, aku dan yang lain hanya menonton adegan tersebut tanpa berkata apa. Sejujurnya aku sendiri tidak sangka dato’ Yusof akan menghadiahkan kami sekeluarga rumah itu.

“ Dan kamu Balqis, saya bercadang bulan depan nak hantar kamu belajar di Amerika. Segala kos, kamu jangan risau, saya tanggung,”

“ Ya Allah Dato’, saya tidak layak terima tawaran dato’ ni. Maaf Dato’ saya tak nak menyusahkan Dato’ sekeluarga. Cukuplah pemberian rumah tu buat kami sekeluarga. Itu pun sampai bila-bila kami tak mampu membalasnya,” aku gembira dengan tawaran Dato’ Yusof itu. Tapi tidak selayaknya aku terima tawaran itu. Aku bukan siapa-siapa dengan dia.

“ Balqis, aunty harap sangat kamu terima tawaran Dato’ tu. Kami dah anggap Balqis macam anak kami sendiri. Kamu dah banyak berkorban untuk keluarga kamu. Kini, terimalah tawaran ni untuk masa depan kamu sendiri,” Datin Maria memujuk aku.

“ Time kasih aunty, Dato’. Balqis tak boleh terima tawaran Dato’ ni. Maafkan Balqis,” kataku sambil menitiskan airmata.

“ Balqis, pandang aunty sayang. Cuba bagitau aunty, kenapa kamu tak layak terima tawaran ni?”

“ Sebab Balqis sekeluarga dah banyak terhutang budi dengan aunty sekeluarga. Segala jasa baik Aunty dan Dato’ sekeluarga, tak mampu kami sekeluarga balas inikan pula nak terima tawaran lain” jawabku lalu memeluk Datin Maria.

“ Balqis jangan fakir semua tu. Kalo Balqis anggap kami sekeluarga macam keluarga Balqis sendiri, terimalah tawaran Dato’ ni ye,”

Aku kehilangan kata bila Datin Maria berkata begitu. Akhirnya aku mengalah dengan pujukan Datin Maria. Tapi aku minta tangguh dahulu hingga ayah benar-benar pulih dan boleh menguruskan diri sendiri.

Ternyata mereka bersetuju untuk tunggu hingga ayah benar- benar sembuh dari kecederaan dahulu.

Keesokan hari, aku sekeluarga terus berpindah ke banglo dua tingkat yang dihadiahkan Dato’ Yusof pada ayah. Segala barang-barang dikampung, Dato’ Yusof yang uruskan. Dan kebun-kebun upah orang jaga dan uruskan.


@@@@@@@@@@

Hampir sebulan aku sekeluarga tinggal dibanglo itu, tiba-tiba Kak Laila isteri abang Faizal jatuh sakit. Dia disahkan menghidap kanser rahim tahap 4. Keadaan dia sangat kritikal.

Dr kata rahim Kak Laila terpaksa dibuang dan kak Laila kena menjalani kimoterapi. Peluang untuk Kak Laila sembuh sangat tipis kerana kanser itu lambat dikesan.

Sepanjang Kak Laila berada dihospital dan menjalani kimoterapi, aku yang jaga dia. Makan dan tidur aku juga di hospital.

Dato’ Yusof dan datin Maria melarang aku untuk jaga Kak Laila, tapi aku tetap berdegil nak jaga juga. Inilah sahaja yang mampu aku lakukan untuk membalas jasa baik mereka sekeluarga walaupun aku tahu apa yang aku lakukan ini belum mampu balas segala jasa baik mereka sekeluarga.

Tapi sekurang-kurangnya dengan apa yang aku lakukan itu dapat mengurangkan rasa terhutang budi aku sekeluarga pada mereka.

Abang faizal hilang semangat melihat keadaan isterinya. Di depan Kak Laila, abang Faizal tunjukkan yang dia kuat tapi hakikatnya dia sangat lemah melihat keadaan isteri tersayang. Setiap hari abang Faizal pasti bersama aku menjaga Kak Laila.

Setelah empat kali kimoterapi, keadaan Kak Laila makin kritikal. Keadaan dia sangat lemah. Makan pun tidak lalu langsung. Kak Laila makin kurus. Aku yang menjaganya pun turut sedih melihat penderitaan yang ditanggung Kak Laila.

“ Balqis,.. Akak rasa akak dah tak lama,” luah Kak Laila diiringi juraian airmata.

“ Jangan cakap macam tu kak. Kita sama-sama berdoa ye kak. Akak bertahanlah,” aku turut menangis.

“ Akak dah tak boleh bertahan lagi Balqis. Akak dah tak tahan menanggung sakit ni,” satu persatu perkataan terluah dari mulut Kak laila.

“ Sabar kak,” hanya itu yang mampu aku ucapkan. Aku sangat sedih melihat keadaan kak Laila.

“ Sebelum akak pergi, akak nak buat satu permintaan pada Balqis,”

“ Apa dia kak. Kalo Balqis mampu tunaikan, Balqis tunaikan,”

“ Sebelum tu, Balqis panggil abang faizal, suruh dia masuk,”

Aku hanya menurut kehendak Kak Laila. Dan sebaik Abang Faizal berada disisi Kak Laila,,,

“ Balqis, akak nak minta Balqis tolong jaga abang Faizal sepanjang ketiadaan akak nanti. Jadilah isteri abang ye,” luah kak Laila sambil memegang tangan aku dan abang Faizal.

Aku terdiam mendengar permintaan Kak Laila. Abang Faizal turut diam tanpa berkata apa.

“ Balqis, tolonglah tunaikan permintaan akak ye.” Pujuk Kak Laila. Aku hanya mampu mengangguk.

“ Abang, ambillah Balqis sebagai isteri abang dan bahagiakanlah dia. Baby minta maaf atas segala dosa dan kesilapan Baby pada abang. Halalkan makan minum baby ye,”

“ Ye baby. Baby rehat ye, jangan fakir macam-macam,”

Sejurus abang Faizal habis berkata, Kak Laila menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hanya aku dan abang Faizal dapat mengadap pemergian Kak Laila.


@@@@@@@@@@

Dua bulan setelah pemergian Kak Laila.

“ Balqis bersedia ke nak jadi isteri abang?” Tanya abang Faizal.

“ Abang pula bersedia ke nak ambil Balqis sebagai isteri abang?” Aku pula menyoal abang Faizal.

“ Eeh, kita Tanya dia, dia Tanya kita balik,” kata Abang faizal. Aku hanya ketawa mendengarnya.

“ Balqis ikut je kalau itu yang terbaik buat kita semua,”

“ Tapi, lepas nikah nanti, kita akn terus ke Amerika tau. Balqis sanggup ke?”

“ Buat apa ke Amerika?”

“ Abang nak sambung ambil Master dekat sana. Nanti Balqis pun bolehlah sambung belajar seperti yang daddy cadangkan dulu,”

“ Errmm ok juga tu. Ayah pun dah pulih sepenuhnya. Tapi, abang boleh ke terima diri Balqis yang serba kekurangan ni?”

“ Balqis, nanti kita sama-sama bina mahligai bahgia kita di Amerika ye. Kita sama-sama belajar bercinta lepas kahwin ye,”

Aku tertunduk malu mendengar kata-kata abang Faizal. Hakikatnya aku turut rasa gembira dengan apa yang dikatakan abang faizal tadi. Aku juga ingin membina mahligai bahgia bersama dia.

Abang Faizal memberitahu Dato’ Yusof dan Datin Maria ingin menjadikan aku isterinya. Mereka gembira mendengar perkhabaran ini. Akhirnya tercapai juga hasrat mereka untuk bermenantukan aku.


@@@@@@@@@@


Sebulan kemudian, aku dan abang faizal selamat diijabkabulkan. Majlis perkahwinan kami berjalan serentak dengan majlis perkahwinan Kaer dengan Mia.

Alhamdulillah majlis berjalan lancer. Majlis perkahwinan kami sangat meriah, dibuat besar-besaran. Dato’ Yusof dan Datin Maria sangat teruja menerima dua menantu serentak.

Ayah aku juga turut gembira, buat pertama kali menerima menantu lelaki.

Seminggu seusai majlis perkahwinan aku, aku dan suamiku a.k.a abang Faizal, berangkat ke Amerika. Ayah sangat sedih dengan pemergianku kerana seumur hidupku, inilah kali kedua aku nak berpisah dengan dia. Sebelum ni berpisah sekejap je tapi kali ini, lama.

“ Balqis, jaga diri baik-baik ye sayang. Jaga anak mummy ni baik-baik ye. Manfaatkan kesempatan yang ada sebaiknya. Jangan sia-siakan peluang yang hadir ni. Nanti belajar elok-elok ye. Mummy doakan kamu Berjaya,” ucap Datin Maria sambil memelukku. Dia turut menangis.

“ Faizal, jaga Balqis baik-baik ye, jangan sia-siakan dia,” Dato’ Yusof berpesan pada abang Faizal. Abang Faizal hanya mengangguk kemudian bersalaman dengan semua yang berada disitu.

“ Along, jaga diri baik-baik ye. Jangan lupa kami disini,” kata ayah sambil memeluk aku dengan erat sekali. Kami sama-sama menangis. Rasa tidak sanggup nak berpisah.

Sebaik mendengar pengumunan penerbangan pesawat yang akan aku naiki, aku terus bersalaman dan berpelukan dengan semua insan disitu. Dengan berat hati, aku melambai-lambai kepada semua sambil berjalan beriringan dengan abang Faizal melangkah ke bahagian chek in.


@@@@@@@@@@

 Kini aku bahagia memulakan kehidupan di bumi Amerika. Aku bahagia menjadi isteri abang Faizal dan kembali menjalani kehidupan sebagai pelajar.

Walaupun aku penat menguruskan rumahtangga dan belajar dalam satu masa, tapi aku puas dengan apa yang aku lalui dan miliki kini. Pengorbanan aku dulu kini dibayar dengan kebahgiaan yang jauh lebih baik dari yang aku impikan apatah lagi kini aku menunggu saat-saat melahirkan benih cinta aku dan abang Faizal.

Dua hari lepas, Angah ada menghubungi aku. Dia memberi khabar yang sangat mengejutkan aku. Amira, sahabat baik aku ketika di zaman persekolahan dahulu, di tangkap dan dipenjarakan tujuh tahun atas kesalahan menggelapkan wang syarikat.

Kerana terlalu taksub mengejar kemewahan, akhirnya tindakan Amira memakan dirinya sendiri. Aku sebagai sahabat, sedih mendengar perkhabaran ini.

Mudah-mudahan Allah jauhkan diriku dari terlalu taksub mengejar dunia yang suatu hari nanti akan ditinggalkan,..