Search This Blog

Monday, 14 March 2011

CeRpeN : cInTa WaSiaT 2

Assalamualaikum,...






Jenazah Abi dimandikan, dikafankan di hospital dan di bawa pulang ke rumah dan di sembahyangkan di rumah kami. Ramai rakan taulan, anak-anak yatim yang sering menerima derma dari Abi hadir untuk memberi penghormatan terakhir. 


Alhamdulillah segala pengurusan jenazah Abi berjalan lancar. Begitu juga pengurusan di tanah perkuburan. Keadaan cuaca juga mendung seperti turut bersedih dengan pemergian Abi.

" Perginya abi tidak akan kembali lagi," tuturku di tepi kubur Abi.

" Sabarlah Zul, setiap yang hidup pasti akan mati. Banyak-banyaklah berdoa untuk Abi," nasihat Abang Long kepadaku.

" Fikir-fikirkanlah permintaan terakhir Abi," Abang Long bersuara perlahan ketika kami berjalan seiring ke kereta untuk meninggalkan kawasan perkuburan.

" Abang Long tahu?" tanyaku yang agak terkejut dengan ayat yang keluar dari mulut Abang Long.

Abang Long mengangguk dan berkata " Kalo nak tahu kenapa Abi minta semua tu, siasatlah dulu mencari kepastian agar Zul lebih berpuas hati dan faham,".

Siasat? Apa yang aku perlu siasat? Erm aku betul-betul tak faham. Tak kan nak siasat permintaan Abi? dah tentu Abi dah tak de. Aku bingung memikirkan kata-kata Abang Long Tadi.


&&&&&&&&&&


Sejak pemergian Abi, Abang Long berhenti jadi pensyarah dan mengambil alih perniagaan kereta sport milik Abi dan dibantu adikku Syafiqah.


Sepatutnya enam bulan dari sekarang aku akn mendirikan rumahtangga bersama Maisarah. Tapi arwah Abi minta aku putuskan pertunangan kami. Aku masih belum mampu untuk membuat keputusan.Aku bingung dan runsing memikirkan semua ni. Maisarah langsung tidak tahu hal ini. 


Aku membuat keputusan untuk bincangkan hal ni dengan Julia. Dan dengan persetujuan Julia, kami keluar dinner bersama di Restoran Seafood dekat Alamanda.


" Ju minta maaf bang, Ju langsung tak tahu Abi akan minta kita berkahwin ,"


" Tak pe Ju, abang tak salahkan Ju,"


" Erm cuma abang nak tahu, sebelum abi meninggal, dia ade tak cakap apa-apa pada Ju hal ni?"


Julia hanya diam mebisu. satu saat, dua saat, 5 saat, 1 minit, Julia terus membisu


" Ju!"


" Ye bang," Julia seperti baru tersedar dari lamunan.


" Kenapa ni Ju,"


" tak de pape la bang,"


" Ada tak arwah Abi cakap apa-apa pada Ju?"


" Ada, banyak. Dan hal ni semua orang tahu kecuali abang je," jawab Julia sambil menundukkan wajah.


" Abang je yang tak tahu? Tapi kenapa?"


" Macam Abang Long cakap, abang siasatlah dulu,"


" Apa yang nak di siasat?" 


" Tentang Maisarah. Sebenarnya abang hanya kenal luar dia sahaja," 


" Apa maksud Ju?"


" Abang siasatlah ye, bukan Ju tak nak cerita tapi sebaiknya abang siasatlah sendiri. Insyaallah abang akan lebih berpuas hati," terang Julia yang enggan bercerita lanjut.


&&&&&&&&&&
 


At Hotel Pelangi


Panggggg! Panggggg! Panggggg! Tiga kali tanganku menjamah kuat pipi Maisarah. Maisarah hanya mampu menangis. Disaksikan Lan, Wan dan ibubapa Maisarah. Bibir Maisarah berdarah dek penangan tanganku ini


" Tergamak ko wat semua ni pada aku ye!! Aku tak sangka ko sekeji ini!!" aku jerit kuat di telinga Maisarah.


" Ko keluar dari bilik ni sekarang!! Berambus!!" aku mengarah lelaki yang berada disebelah Maisarah sambil menolak dia keluar dari bilik 626.


" Maafkan Ara bang, maafkan Ara," Maisarah memeluk kaki aku sambil merayu.


" Dah berapa lama ko buat keje macam ni ha!!!!!" tengkingku sambil menarik kuat rambut Maisarah. Ibubapa Maisarah tak mampu berkata apa melihat adegan ini. Tak sangka anak yang dididiknya dengan penuh kasih sayang dan ilmu dunia dan akhirat begini jadinya.


" Bang, maafkan Ara bang, maafkan Ara," Maisarah terus merayu tanpa menjawab pertanyaan aku. 


" Mulai hari ni, kita putus!! Jangan pernah ganggu hidup aku lagi dan jangan ganggu aku lagi!! Faham!!" Jeritku dan terus berlalu dari situ.


Lan memandu kereta membawa aku pulang ke rumah. Dia tak bagi aku memandu bila tengok keadaan diriku yang sangat marah.


Selama sebulan aku mengekori jejak langkah Maisarah, akhirnya aku dapat jawapan yang benar-benar menghancurkan hati dan perasaan aku. Tidak aku sangka insan yang aku sayangi, rupanya sering bertukar jantan dibelakang aku. Malah sampai bawa ke bilik.


&&&&&&&&&&


Dirumah, semua orang sedang menanti kepulangan aku. Termasuklah Julia.


" Kenapa semua orang rahsiakan semua ni daripada Zul!!" Tanyaku dengan suara yang tinggi


" Sabar Zul, kamu pergi mandi, ambil wudhuk dan solat dulu, lepas tu kamu turun semula, kita bincang elok-elok ye sayang," Umi memujukku seraya memelukku. Ada takungan air dimata Umi. 


Aku hanya akur dengan nasihat Umi. Sebaik aku selesai solat, aku turun kembali ke bawah. Semua orang sedang duduk berkumpul.


" Biarlah Ju yang citekan semuanya ye," Julia bersuara. Dan semua orang hanya mengangguk.


" Sebenarnya Ju dah tahu hal ni dah lama. Masa mula-mula Maisarah marah Ju kat U dulu tu pun ada kaitan dengan semua ni. Secara kebetulan, sebelum tu, Ju pernah ternampak Maisarah berpeluk dengan seorang lelaki di bandar  dan ketika itu Maisarah nampak Ju terpandangkan dia. Dia pernah sound Ju, jangan bagitahu abang kalo tak nak dia ganggu hidup Ju. Dan sejak kejadian dia tengking Ju tu, Ju saja menjauhkan diri dari abang kerana Ju serba salah dan tak tahu apa Ju perlu buat. Sebenarnya ramai orang tahu tentang sikap Maisarah. Tapi masing-masing tak berani bersuara. Hinggalah bila kisah pertunangan abang sampai ke pengetahuan Ju, kawan baik Ju, Atiqah nasihatkan Ju agar ceritakan semua ni pada abang tapi Ju takut abang tak percaya. Oleh itu, Ju ceritakan hal ini pada semua orang ketika abang hantar Maisarah balik pada hari minggu yang Ju datang ke sinidulu tu. Dan atas inisiatif kami, kami siasat hal ini. Dan ini gambarnya sebagai bukti," terang Julia panjang lebar sambil menghulurkan beberapa keping gambar pada aku.


Tergamam aku melihat gambar Maisarah berpelukan dengan lelaki dan setiap gambar, dia berpelukan dengan berlainan orang pula tu. Aku terus renyok gambar itu kerana terasa sakit hatiku dengan segala kebenaran yang terbukti ini.


" Kami semua minta maaf tak berterus terang dengan kamu Zul. Kami takut kamu tak boleh terima hakikat kerana ini cinta pertama kamu," ujar Umi mewakili adik-beradikku yang lain.


" Aku dan Wan pun minta maaf ye Zul," Lan bersuara dan wakilkan Wan


" Korang pun tahu ke hal ni?" aku bertanya dengan rasa kehairanan.


Mereka berdua hanya mengangguk sahaja,..


" Tak pe lah, saya pun minta maaf kerana membuatkan korang semua sukar menyampaikan hal ni pada saya. Dan terima kasih kerana berusaha menyelamatkan saya dari memilih insan yang salah sebagai pasangan hidup.


&&&&&&&


Lepas sebulan peristiwa itu, aku mula dapat menerima hakikat perpisahan aku dan Maisarah. Aku mula memikirkan permintaan Abi. Permintaan Abi ini juga tertulis dalam wasiat. Nak tak nak aku kena tunaikan. 


" Macam mana aku nak tunaikan permintaan Abi, sedangkan Maisarah dah ada kekasih," Luahku pada Lan dan Wan.


" Ko dah bincang ke hal ni dengan Julia?" tanya Wan


"Belum lagi, aku serba salah nak tanya. Lagipun hati aku belom pulih sepenuhnya. Takut nanti aku sia-siakan dia," jawabku


 " Macam nilah, aku rasa, lebih baik ko berbincang dulu dengan Julia. Kalo tak boleh sekarang. Ko ambil sikit masa tapi jangan lama-lama,"
 Lan bagi pendapat.


" Oklah nanti aku fikirkan ye," jawabku ringkas.


" Aku ada cadangan," Wan bersuara.


" Apa dia?" tanya Lan


" Apa kata ko ambil Julia kerja kat sini. Nanti kalo dah selalu jumpa, senanglah," terang Wan.


" Bagus gak idea tu. Ok aku setuju," 


" Oh ye, Lan! ko tolong uruskan pengambilan dia ye," arahku


" Eh napae lak aku. Ko lah yang uruskan. Nanti dia akan lebih teruja nak kerja dekat sini," Lan menjawab.


" Yela-yela," jawabku ringkas.


&&&&&&&&&&


Setiap hari berjumpa membuatkan hati aku mula jatuh cinta pada Julia. Yela kat pejabat jumpa dia dan sentiasa berurusan dengan dia. Hampir setiap hari balik kerja datang rumah aku.


Tengok dia senyum, tengok dia ketawa, dan komitmen dia pada kerja membuatkan aku rasa wasiat Abi, aku perlu tunaikan. Dari tiada apa-apa perasaan cinta kini cintaku hanya untuk dia hehehe. Dalam hati sudah ada taman...










Dan hampir setiap hujung minggu kami pergi shopping sama-sama, tonton wayang sama-sama. Setiap hari yang aku lalui, aku rasakan semakin indah. Dan keindahan yang aku rasakan lebih hebat dari ketika bersama Maisarah.


" Ju, macam mana pendapat Ju tentang permintaan Abi?" tanyaku ketika kami dalam kereta perjalanan pulang ke rumahku.


" Entahlah bang, Ju dah ada kekasih, Ju tak sampai hati nak kecewakan dia. Lagipun kami dah berkawan lama," jawab Julia bersahaja.


" Lagipun, kami dah merancang nak menikah hujung bulan ni," sambung Julia.




" Kenapa abang tak tau pun yang ju dah nak nikah?" tanyaku yang agak terkejut dengan kenyataan Julia.


" Abang tak tanya pun," jawab Julia ringkas.


Aku rasa sedih dengan jawapan yang Julia berikan itu. Ternyata aku hanya bertepuk sebelah tangan. Tapi aku redho dan pasrah jika itu takdir yang telah tertulis.


&&&&&&&&&&


Seminggu sebelum hari pernikahan Julia, aku sudah pun terbang ke Paris. Aku tak sanggup melihat Julia bersanding bersama insan lain. Kepedihan kali ini lebih terasa. Kerana hubungan ku dengan Julia lebih rapat berbanding dengan Maisarah dulu.


Aku tidak tahu macam mana aku nak berhadapan dengan Julia apabila dia sudah bernikah nanti. Dia satu tempat kerja dengan aku. Kesedihan dihati aku semakin sukar di bendung apabila memikirkan semua ini.


Setiap hari aku bermohon kepada Allah agar bagi kekutan kepadaku untuk hadapi semua ini dan hilangkan bayangan Julia dari hidup aku. Tapi semakin aku berdoa semakin bayangannya hadir.


Percutian di Paris tidak memberi apa-apa erti pada aku. Dan tidak dapat memadamkan kepedihan dihatiku. " Ya Allah apa yang harus lakukan. Dan bagaimana aku ingin meniti hari-hari mendatang dengan bayangan Julia," rintihku di dalam hati.


Setiap kali aku menghubungi Umi, Umi pasti bercerita tentang Julia. Aku tahu keluarga aku juga sangat menyayangi Julia. Tapi sayang macam mana pun kami pada Julia, kami tetap lepaskan dia untuk buat keputusan hidup dia tanpa di paksa.


" Kamu tak rindu kat Julia ke Zul?" tanya Umi.


" Rindu pun nak buat macam mana mi, dia dah nak jadi milik orang," jawabku sebak


" Dah tu bila kamu nak balik ni?" 


" Insyaallah tiga hari lagi Zul balik. Nanti Umi suruh Pakcik Deris ambil Zul kat airport ye. Insyaallah pukul 2 petang Zul sampai," jawabku.


" Yela, jaga diri baik-baik ye, Assalamualaikum," 


" Waalaikummussalam," jawabku lalu mematikan talian.


&&&&&&&&&&


" Ada apa ni Pakcik. Penuh dengan khemah kat laman ni?" tanyaku sebaik sahaja sampai dirumah.


" Maaf Zul, pak cik tak tahu apa-apa," jawab Pakcik Deris driver keluarga aku. Dia panggil aku Zul je, itupun atas permintaan aku. Pada aku tak perlu nak berprotokol sangat.


Melangkah je kaki aku ke dalam rumah, aku lihat pelamin nan indah terhias di sudut tepi ruang tamu. Orang ramai tengah sibuk ke hulu ke hilir. Aku semakin hairan dengan situasi tersebut. Aku terus melangkah ke dapur mencari Umi.


" Alhamdulillah anak Umi dah balik," 


" Aah mi,. Ni ada majlis apa mi?" tanyaku


" Ada wat majlis kesyukuran sikit. Nanti Zul pakai baju yang Umi sediakan ye. Bilik kamu Umi pinjam dulu, kamu lepak kat bilik Umi dulu ye," terang Umi.


" Erm yela Umi," jawabku ringkas terus berlalu ke bilik Umi untuk merehatkan diri. Oleh kerana terlalu penat, aku terus membaringkan badan atas katil dan terus tertidur. 




&&&&&&&&&&


" Zul, bangun Zul. Dah malam ni, pergi mandi, pakai baju ni, kejap lagi majlis dah nak bermula," Umi mengejutku.


" Ala Umi, ngantuklah," jawabku dan memejamkan semula mata.


" Nak Umi simbahkan air ke?"


" Oklah, Zul bangunlah ni," aku bangun dan terus melangkah kaki ke bilik mandi. 


" Eh awak ni sape?" tanyaku apabila melihat dua orang perempuan  dibilik Umi sebaik sahaja keluar bilik mandi. Nasib baik dalam bilik air tadi aku dah siap-siap pakai baju, kalo tak, free je diaorang tengok aku hanya bertuala huhu,..


" Saya diarahkan Datin menyolek Encik," jawab salah seorang daripada perempuan itu.


" Nak buat apa solek saya?"


" Solek je dia. Zul, kamu jangan banyak cakap boleh tak? Malam ni ada majlis kesyukuran. Dan kamu akan dinikahkan," 


" What? Kenapa ni Umi. Tak nak lah macam ni?"  


" Kamu jangan malukan Umi. Solek je dia cepat!" tegas Umi. Aku terpaksa akur dalam keadaan yang blur dengan situasi yang aku lalui kini.




&&&&&&&&&&




" Aku terima nikahnya Julia Bin Rashidi dengan mas kahwinnya sebanyak rm1000, tunai!!"  Semua saksi menyatakan sah. Alhamdulillah segala majlis berjalan lancar. Selesai sahaja upacara akadnikah, kenduri kesyukuran dan arwah serentak dijalankan.


Pada keesokan hari majlis perkahwinanku berjalan lancar. Sepanjang majlis dijalankan, aku sentiasa pegang tangan Julia, tak nak lepaskan.


" Apa dah jadi dengan majlis pernikahan Julia itu hari? Kenapa hari ni jadi isteri abang?" tanyaku disaat kami berdua-duaan dalam bilik.


" Tak jadi apa-apa pun. Ada ke Ju cakap nak kawin?"


" Eeh main-main lak dia ye," jawabku.


Aku semakin merapatkan bibir aku ke bibir Julia. Dan Julia menolak aku.


" Eee gatallah abang ni,"


" Dah sah," coppp satu ciuman hinggap dipipi Julia.


" Yela-yela. Nak tau cite ke ni?"


" Nak lah," jawabku ringkas sambil memeluk erat Julia. Julia membalas pelukanku. Dalam pelukan ini Julia ceritakan semuanya.


" Sebenarnya Ju tipu je pasal nak kawin tu. Lan dan Wan dah bagitau pada Ju yang abang dah jatuh cinta pada Ju. So Ju saja je kenakan abang. Masa abang kat Paris, semua orang rancang majlis ni. Oleh kerana Ju anak yatim, diaorang cadangkan majlis ni wat kat sini je. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Maknanya Allah restui cinta kita," terang Julia panjang lebar.


" Andai abang tak balik macam mana?" Aku menduga Julia.


" Ju kawin dengan Lan ke, Wan ke," jawab Julia selamba. Aku geletek pinggang Julia hingga Julia mengaku kalah dan mengungkapkan " I LOVE U. Ju jatuh cinta pada abang sejak hari abang putus cinta dengan Maisarah. Disaat itu Ju melihat ketulusan cinta abang,".....


" Terima kasih Ya Allah menghadirkan cinta dihati kami. Semoga kebahgiaan terus menjadi milik kami, amin Ya Robbalalamin."




tamat sudah cerpen cinta wasiat,.. Selamat membaca,.. Tata titi tutuuu,..





3 comments: