Search This Blog

Saturday 30 April 2011

DiArI : MaSa YaNg pAnJaNg

Assalamualaikum,..




Dua tahun yang lepas, dalam masa yang begitu singkat,  tanpa disangka hadirnya peluang yang sangat istimewa dalam  hidupku. Kehadiran peluang istimewa ini, aku sambut baik kehadirannya. Walaupun kehadiran peluang ini dalam masa yang singkat, tapi alhamdulillah aku telah membuat persiapan awal.


Dan tahun lepas, hadir juga peluang yang sama tapi aku menolaknya atas sebab-sebab tertentu. Di tahun ini hadirnya lagi peluang itu, dan insyaallah aku menyambut baik peluang yang hadir,..


Peluang kali ini hadir lebih awal dari waktunya. Dan aku berpeluang membuat persiapan dengan masa yang lebih panjang dari sebelum ini. Tanpa perlu tergopoh-gapah. 


Tapi sayangnya, masa yang ada ni, aku lalui seperti biasa, seperti tiada apa-apa. Macam mana ni? Tidakkah aku bersyukur????


Bukan aku tidak bersyukur, tapi kali ini, aku akan melangkah dengan penyerahan diri sepenuhnya kepadaMu Ya Allah. Bukan aku tidak mahu membuat sebarang persediaan, tapi,....... hanya engkau lebih tahu Ya Allah,. Ampunkan hambaMu ini Ya Allah,..


Pahitnya terasa walau kemanisan berganda-ganda menggunung tinggi. Ketakutan masih membelit walau keberanian semakin menampakkan dirinya,.. Ampunkan aku Ya Allah,..


Terima kasih sudi membaca,.. Tata titi tutuuuuu

No comments:

Post a Comment