Search This Blog

Wednesday 27 April 2011

DiArI : MaSa tErUs BeRLaLU

Assalamualaikum,..




 Pejam celik, pejam celik dah bertukar hari,.. Kini terasa terlalu pantas masa berlalu,.. Tanpa aku sedari sudah hampir sebulan aku dah berhijrah ke kampung,.. Buat masa ini aku sekadar merehatkan diri sahaja di rumah.


Tanpa aku sedari masa terus berlalu,.. Dulu aku terasa lambat nak tunggu tarikh 24 mei. Kini tanpa aku sedari  tidak sampai sebulan lagi, tarikh itu akan tiba.


Dalam debaran dan tanpa sebarang persiapan, aku meniti hari untuk tiba tarikh itu. Aku tidak sabar tunggu tarikh itu tiba tapi dalam masa yang sama aku juga takut untuk melalui hari itu,..


Aku bersyukur kerana melalui tarikh itu dengan satu laluan yang istimewa, yang tidak semua insan dapat melaluinya,.. Terima kasih Ya Allah memberi aku peluang istimewa ini,.. 


Ya Allah, aku mohon padaMu agar melalui tarikh tersebut dengan laluan yang mudah dan dalam keberkatanMu Ya Allah,.. Aku mohon yang terbaik dariMu setelah segala macam ujian aku lalui,..


Tarikh itu akan tiba,.. Masa berlalu dan terus berlalu,..

No comments:

Post a Comment