Search This Blog

Friday 4 March 2011

CeRpEn: PeLaNgI DiSeBaLiK HujaN

Assalamualaikum,..








" Kau miskin, tak layak kawan dengan aku wekkk" jerit Rizman kepadaku. Aku hanya mampu diam sahaja. Setiap hari Rizman anak  Dato' Azhar bersama empat orang kawannya iaitu Amir, Rizal, Bakar dan Kerol pasti menuturkan kata-kata sedemikian padaku. Aku hanya mampu berdiam diri sahaja.


"Sabarlah cop, biarlah orang nak cakap pe, kita jangan lawan, nanti lama-lama dia akan diam sendiri," inilah yang selalu ibuku nasihat padaku tiap kali aku mengadu pada ibu tentang ejekan Rizman dan kawan-kawannya.


Aku bernama Yusof bin Jiman. Aku anak sulung daripada enam beradik. Ayah aku hanya kerja membersihkan kebun-kebun orang kampung dan ibuku pula sekadar membuat nasi lemak dan dihantar ke Warong Pak Busu yang terletak dua kilometer dari rumahku,. Kehidupan kami sekaluarga umpama kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.


Aku rasa sedih bila tiap kali Rizman dan kawan-kawan dia ejek aku sedemikian tapi apalah daya aku,. Nasib baik tak semua kawan-kawan aku bersikap seperti Rizman and the geng. Ramai juga budak-budak lain yang suka kawan dengan aku. Tahun ni aku akan menduduki peperiksaan UPSR.


"Yusof, kamu bila nak bayar yuran peperiksaan UPSR ni? lagi enam bulan je kamu akan duduki peperiksaan" tanya guru kelas ku cikgu Musa.


"Saya lupa minta duit dari ayah saya, maafkan saya ye cikgu. Insyaallah balik ni saya minta duit dari ayah saya," aku terpaksa tipu cikgu Musa. Sebenarnya dah banyak kali aku beritahu ayah tentang duit yuran peperiksaan tu tapi ayah cakap nanti.


"Macam mana kamu boleh lupa? kamu tak nak ambil peperiksaan UPSR ke? Kalo kamu tak bayar, kamu tak boleh ambil peperiksaan tu tau. Kalo kamu tak ambil peperiksaan tu, tahun depan kamu tak boleh naik ke tingkatan satu"


"Balik nanti saya minta duit dengan ayah saya ye cikgu, saya nak ambil peperiksaan tu",


"Bagus, jangan lupa lagi ye"


"Baiklah cikgu. Errmmm cikgu, boleh tak saya bayar yuran secara ansuran?"


"Kenapa pula macam tu? Yuran kena bayar sekaligus, mana boleh bayar ansuran. Kamu ada masalah ke Yusuf?


"Cikgu, ayah say cuma keje bersihkan kebun dan mak saya pula hanya buat nasi lemak dan letak di warong. Adik beradik saya yang sekolah empat org, lagi dua orang masih kecil. Pendapatan mak dan ayah saya hanya cukup makan untuk tanggung kami enam beradik cikgu", terangku dengan perasaan sebak


" Maaf, cikgu tak tahu keadaan keluarga kamu. Baiklah, cikgu bagi kamu tempoh sampai  tiga bulan lagi. Harap kamu dapat bayar sepenuhnya yuran peperiksaan ni dalam tempoh yang cikgu bagi," Cikgu Musa memberi kelonggaran kepadaku.


"Terima kasih cikgu. Insyaallah saya akan selesaikan bayaran dalam tempoh yang cikgu bagi ni," Aku berjanji


"Baiklah, kamu boleh masuk kelas sekarang", arah cikgu Musa


%%%%%%%%%%


"Mak, cikgu dah minta yuran peperiksaan. Lagi enam bulan Ucop akan duduki peperiksaan UPSR. Kalo tak bayar, Ucop tak leh ambil peperiksaan tu," Aku memberitahu ibuku. Ibuku hanya diam membisu.


"Mak dengar tak pe yang Ucop cakap ni?" aku bersuara lagi


"Dengar Cop, nanti esok insyaallah mak bagi duitnya ye,"


"Kalo mak tak pat bagi semua, bagi cikit dulu pun boleh. Cikgu benarkan kita bayar ansur-ansur. Tapi cikgu bagi tempoh tiga bulan je,"


"Berapa bayaran yuran kamu tu Cop," tanya ayah yang tiba-tiba muncul


"RM160 yah,"


"Yela nanti ayah bagi duitnya ye, alhamdulillah arini ada rezeki lebih, bolehlah kamu bayar duit yuran tu ye,"


"Time kasih ayah" jawabku dengan wajah gembira sambil menyalam ayah dan ibuku sebagai tanda terima kasih.


%%%%%%%%%%


Alhamdulillah walaupun aku dibelenggu kemiskinan, aku tak pernah mengabaikan pelajaranku. Dengan berkat doa kedua ibubapaku, berkat ilmu yang cikgu-cikgu bekalkan kepadaku, keputusan peperiksaan UPSR, aku mendapat 5A sehingga melayakkan aku ke sekolah terbaik di Malaysia iaitu MRSM.


"Maafkan ayah Cop, ayah tak mampu untuk menanggung segala kos oesekolahan kamu. Dalam keadaan ayah macam ni, ayah benar-benar tak berdaya nak," sambil menangis, ayah menyatakan ketidakmampuannya menanggung persekolahanku. Sejak ayah disahkan menghidap sakit lemah jantung, ayah tidak lagi bekerja seperti dulu, sekadar membantu emak buat nasi lemak.


"Pendapatan kita sekarang hanya begantung pada hasil jualan nasi lemak ni je Cop. Adik-adik lagi nak sekolah. Kami tak mampu Cop," sambung ibu dalam sendu tangisnya.


Aku hanya mampu diam bila mak dan ayahku berkata macam tu. Yela, dah diaorang tak mampu, aku nak wat macam mana, tak kan nak paksa diaorang lak kan? Ramai menyatakan, rugi jika aku tolak tawaran ke MRSM. Tapi apa lah dayaku dalam kehidupan yang serba kekurangan ini. Aku pun kesian gak pada mak dan ayahku, bukan diaorang tak nak tengok aku berjaya tapi mereka tak mampu.


%%%%%%%%%%


"Ikan! Ikan! Ikan! Mari- mari, beli ikan! Ikan segar, lagi cantik. Mai pilih! Mai pilih! jeritku


" Nak, bape sekilo ikan kembong ni?" tanya seorang makcik


"Rm10 je makcik, murah ni, pilih makcik, jangan tak pilih" aku mengayat makcik tadi agar membeli ikan tersebut.


"Anak punya pusal, makcik beli dua kilo," jawab makcik tu dengan senang hati.


" Alhamdulillah, time kasih makcik, semoga Allah murahkan rezeki makcik," jawabku dengan gembira sambil membungkus ikan kembong yang makcik tersebut inginkan. 


Dengan keadaan keluargaku yang miskin, aku tak dapat sambung ke sekolah menengah. Aku mengambil keputusan untuk bekerja dan memberi peluang kepada adik-adik untuk belajar. Walau diperingkat awal, mak ayah ku tak izinkan, aku tetap berkeras dengan keputusan ku dan akhirnya aku terpaksa mengalah.
Alhamdulillah semenjak aku kerja, aku dapat meringankan beban ibuku menanggung perbelanjaan keluarga. 


"Kenapa kau tak sambung belajar je," tanya Sarah kawan sepermainanku dari kecil. Dia lah salah seorang sahabatku yang masih berkawan denganku walau aku kini sudah jauh ketinggalan dari alam persekolahan.


"Aku kesian tengok mak aku terpaksa susah payah mencari duit untuk kami sekeluarga. Aku tak sanggup tengok bila mak aku bersusah payah mengayuh basikal hantar nasi lemak ke Warong Pak Busu. Biarlah adik-adik aku je yang sekolah," jawabku yang diluarnya nampak tenang tapi hakikatnya hati menanggung kesedihan kerana terpaksa meninggalkan alam persekolahan.


" Yela, aku kesian melihat kau sekeluarga tapi aku tak mampu nak tolong apa-apa. Tapi kan Ucop, kalo ko tak sambung belajar, tak semestinya kau tak berjaya tau. Aku doakan kau berjaya suatu hari nanti Cop. Ada ganjaran besar bagi anak yang menyenangkan ibubapa ni,"


"Time kasih ye Sarah. Aku benar-benar berharap suatu hari nanti aku boleh berjaya dan menyenangkan kedua orang tua aku,"


"Insyaallah kau boleh berjaya. Aku sokong kau dari jauh ye Cop,"


"Time kasih Sarah, kaulah sahabatku dunia akhirat,"


"Rizman sekarang pe cite? Aku dengar dia masuk MRSM ye?"


"Aah, geng-geng dia pun sama masuk MRSM,"


"Untung Rizman kan, dahlah anak Dato', dapat lak sambung belajar ke tempt yang bagus walaupun keputusan aku lebih baik daripada dia," kataku dengan sayu


"Ala guna pengaruh bolehlah dapat masuk. Geng-geng dia tu pun bapak Rizman yang tolong rekeman. Ala Ucop, kalo guna pengaruh ni, tak sampai ke mana pun. Tak sama hasilnya dengan usaha kita sendiri tau. kepuasannya tak sama," Sarah memberi aku semangat..


%%%%%%%%%%


"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNya, setelah melalui pelbagai ujian dan pahit getir untuk membina jenama YUSA TRADING, hari ini merupakan ulangtahun ke empat syarikat ini beroperasi. Saya benar-benar bersyukur kerana dua daripada impian syarikat ini telah berjaya. Iaitu mengeluarkan produk tepung goreng pisang yang dimiliki bumiputera sepenuhnya dan berjaya menguasai pasaran tempatan hampir 80%, dan peratusan ini menandakan YUSA TRADING menjadi pembekal tepung goreng pisang terbesar diseluruh Malaysia" semua para hadirin yang hadir memberi tepukan gemuruh mendengar ucapan Puan Sarah Balqis Bin Ismail.


"Masih ada dua lagi impian syarikat ini yang belum tercapai dan insyaallah kedua-dua impian ini dalam perjalanan untuk direalisasikan. Semua kejayaan ini adalah hasil usaha kita besama. Tanpa anda semua, YUSA TRADING tidak mampu sampai ke tahap sekarang. Dan majlis hari ini adalah untuk meraikan kejayaan kita bersama. Dan ada satu suprise untuk anda semua,"


"Selama ini, ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya CEO YUSA TRADING. Dan untuk pengetahuan anda semua, selama ini beliau tak de idung, sebab tu beliau menyorokkan diri dan baru sekarang, beliau ada idung," seloroh Sarah Balqis disambut ketawa dari para hadirin yang hadir.


"Dan hari ini, beliau hadir bersama-sama kita untuk menyertai majlis ini sekaligus ingin memperkenalkan diri beliau yang sebenar. Sebenarnya dia dah jelous sangat tengok asyik saya sebagai pembantu dia yang asyik keluar masuk TV," dewan Jubli Intan kembali bergema dengan ketawa para hadirin.


"Oklah saya serahkan kepada pengerusi majlis  untuk mengumumkan ye. Sekian dahulu ucapan saya untuk kali ini. Wabillahitaufikwalhidayah wassalamualaikumwarahmatullah hiwabarakatuh," Puan Sarah Balqis mengakhiri ucapannya dengan iringan tepukan para hadirin.


"Terima kasih Puan Sarah Balqis. Tanpa melengahkan masa lagi, saya menjemput CEO YUSA TRADING iaitu Encik Yusof bin Atan," pengerusi majlis berbicara


"Assalamualaikum semua. Apa khabar anda semua," Ucop memulakan ucapan.


"Waalaikummussalamwarahmatullah. Alhamdulillah sihat," serentak para hadirin menjawab.


"Amboi, Puan Sarah, sedap ye awak cakap saya tak de idung dan jelous kat awak, siaplah awak saya kerjakan nanti dengan tugasan yang berat tau," para hadirin ketawa dengan pembukaan ucapan Ucop yang agak melucukan. Yela, ada ke seorang CEO berucap macam tu hehehe.


" Kita tak perlu terlalu formal la ye, kita sanati-santai je di majlis ni. Okla, secara ringkasnya ingin saya perkenalkan diri, nama saya Yusof bin Atan dan saya suami kepada Puan Sarah Balqis bin Ismail. Saya merupakan CEO di YUSA TRADING ini dan saya memang lebih suka low profil dan membiarkan isteri saya ke hadapan. Dan alhamdulillah hasil kerjasama kami maka tertubuhla syarikat ini dan terima kasih yang tak terhingga buat pekerja tersayang kerana tanpa anda YUSA TRADING tidak akan segah sekarang. Semoga anda semua terus bekerja dengan tekun dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Dan sama-samalah kita berdoa agar YUSA TRADING terus melangkah ke arah kejayaan. Samapi disini sahaja ucapan saya untuk kali ini," Ucop memberi ucapan yang ringkas. Dan para hadirin memberi tepukan gemuruh selepas Ucop habis berucap.


%%%%%%%%%%


Direstoran AFIZA CATERING


"Macam mana kau boleh berjaya seperti sekarang ni Ucop?" tanya Rizman 


"Panjang citenya Man," jawabku ringkas


"Pendekkan. Aku benar-benar tak sangka kau bos aku. Aku malu sangat dengan ko Ucop," Rizman berkata sambil memandang lantai.


"Apa nak dimalukan. Semua ni hanya kejayaan dunia je. Aku bersyukur walaupun aku tidak belajar tinggi aku berjaya seperti sekarang. Ni pun dengan bantuan Sarah dan berkat doa ibu aku. Aku sedih, bila ayah aku tak dapat tengok kejayaan aku,"


"Ala bang ni rezeki kita bersama. Memang ayah tak sempat tengok kejayaan abang tapi setelah ayah pergi, abang mulakan langkah untuk kejayaan hari ini. Pandanglah pada hikmah atas pe yg berlaku bang," Sarah memujuk ku.


"Yela Ucop, betul kata Sarah tu. Dah berapa orang anak-anak korang sekarang? erm bukan main romantik korang ni ye. Tak sangka lak aku korang ni bercinta,"


"Alhamdulillah dah tiga anak kami. hahaha aku dengan Sarah ni bercinta lepas kawin man oi,"


"Biar betul!," jawab man dengan nada terkejut. "Cuba cite sikit macam mana korang leh kawin ni?," sambung Rizman


"Ala Ucop ni dah gatal sangat, masa aku kat U lagi dia dah ajak aku kawin, aku on je hehehe," jawab Sarah sambil ketawa.


"Ala dia pun gatal gak, sape suh time, wekkkkkk," aku menjawab sambil menjelir lidah. Rizman ketawa malihat gelagat kami.


" Aku bukan suh korang bergaduh, aku suh korang cite cikit kat aku tentang bisnes korang dan perkahwinan korang ni, cepatlah cite," Rizman bersuara dengan tawa yang masih bersisa.


"Ok, ok aku cite ek. Sebenarnya lepas setahun aku keje dengan Pak Mat jual ikan tu, ayah aku meninggal dunia. Sejak tu aku terus tekad nak ubah nasib keluarga aku. Lepas 100 hari ayah aku meninggal,  aku mula berniaga jual goreng pisang, resepi ibu aku. Nasi lemak pun aku jual sekali. Mula-mula meniaga aku memang menangis tiap hari. Sambutan sangat kurang. Tapi tiap kali nasi lemak dan pisang goreng  tak laku, aku sedekah kat orang. Sampai satu hari tu, aku cakap dengan mak aku, kalo hari ni pun masih tak de peningkatan, kita tutupla gerai ni dan aku nak berhijrah ke Kuala Lumpur. Mak aku senyap je tak leh cakap apa dah. Dan alhamdulillah bermula dari hari tu, bisnes aku terus meningkat maju. Bak kata orang tua, muncul pelangi disebalik    
hujan. Itulah alkisahnya,"


"aik, tu je? ko ni cite tu biarla perabih,"


"rileks ar, aku nak tarik nafas n ambil mood ni hehhehe," jawabku sambil ketawa


"banyakla ko punya mood,"


"ok,ok,.. Pas tu, bila ramai yang puji keenakan tepung goreng pisang aku, aku mula terfikir nak jual tepung goreng pisang jenama sendiri. Mula aku wat manual je. Pas tu bila ada untung sikit, aku g MARDI, minta tolong pihak MARDI. Alhamdulillah hasil bantuan pihak MARDI, terhasillah tepung goreng pisang seperti yang ko tengok sekarang ni. Dah cantik market kat kampung kita, datanglah minah sebelah aku merangkap asisstant aku juga merangkap bantal pelok aku. hehehe",


"Weekkk," Sarah jelir lidah. Rizman dan aku ketawa.


"Then apa jadi?"


"Sarah syorkan aku luaskan lagi pasaran tepung aku ni. Tapi aku tak tahu macam mana nak pasarkan coz sebelum ni aku pernah minta tolong kawan aku, tapi dia tipu aku sampai RM10,000 ko tau, nak terduduk gak aku. Puaslah aku berusaha nak cari semula duit yang dah lesap tu,"


" Pas tu pe yang berlaku?," tanya Rizman dengan terujanya.


"Pas two, three, kah kah kah," aku berseloroh


"Kau ni Ucop, main-main lak," bengang Rizman bila tgh syok-syok dengar, aku wat lawak.


"Ala rileks ar, santai-santai sudah, tak perlu terlalu serius k," jawab ku


"Yela-yela, cepatlah aku dah tak sabar nak tau cite ko ni, kagum sangat dengan kejayaan dan semangat ko,"


"Pas tu Sarah bersetuju untuk bantu aku. Yela dia kan ambil Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan ketika itu so sesuai sangatlah untuk tolong aku. Walau masa tu dia di semester tiga, alhamdulilah dia dapat tolong aku dengan cemerlang dan semuanya berjalan lancar. Bagila tepukan sikit kat bini aku ni," kataku sambil memeluk Sarah.


"Erm Sarah Balqis bin Ismail, sape tak kenal dengan kebijaksanaannya," Sarah menjawab lembut menunjukkan ala-ala bangga.


"Yela tu, sayangku," kataku sambil mencium dahi Sarah


"Cemburu aku tengok korang ni, walaupun dah ada anak tiga still romantik,"


"Bukan ke ko dah kawin?" tanyaku yang agak terkejut dengan ayat yang terkeluar dari mulut Rizman


"Ermmm, setahun je jadi suami orang pas tu membujang semula. Biarlah perkara lama usah dikenang lagi. Sekarang aku nak cari yang baru," luah Rizman dengan berat dan tersenyum di ayat terakhir.


"Oh tak pe takpe, insyaallah boleh dapat yang lebih baik nanti. Kami doakan," kata Sarah


"Uit, sambunglah cite korang, ni tetiba lak cite pasal aku,"


"Ala wat selingan jap. Pas tu dah hampir tiga bulan aku dengan Sarah ke hulu ke hilir bersama, mak aku pun bersuara. Tak manis katanya bawa anakdara orang selalu. Memang urusan kerja tapi tak molek dipandangan mata orang malah islam pun tak galakkan. Dan mak aku syorkan kami menikah je. Mula-mula aku keberatan gak coz, malulah, Sarah berpelajaran tinggi, aku ni sekolah menengah pun tak. Tapi bila Sarah cakap mak ayah dia pun bising macam mak aku, so aku beranikan diri ajak dia kahwin, hehehe. Kelakarkan. Dalam keadaan terkejut, Sarah pun terima je lamaran sempoi aku tu. Kami pun terus nikah, kuarlah tiga orang anak yang comel-comel belaka," terang ku sambil ketawa kuat. Rizman turut ketawa.


"Malu je abang ni cakap macam tu," tutur Sarah sambil memuncungkan bibir.


"Ha muncunglah panjang-panjang, nak kena cium?" 


"Gatallah abang ni, malulah sikit, tempat awam ni," kata Sarah sambil mencubit aku


"Sakitlah sayang,"


"Abang tu tak senonohlah, nak lari baliklah macam ni," luah Sarah sambil berdiri nak berlalu dari situ


"Ok, ok abang minta maaf ye sayang, janganlah balik dulu ye," pujukku sambil menunjukkan muka kesian


Cuuppp,.. Tetiba saya ciuman lekat dipipiku. "wah tadi tak bagi abang wat, ni dia lak yang cium abang, eee ngelat, tak malu, wekkkk," kataku sambil disambut hilai tawa Rizman dan Sarah.


"Kelakarlah korang ni, sentiasa ceria patutlah korang leh kerja bawah satu bumbung. Aku kagum dengan korang ni,"


"Alhamdulillah aku bersyukur dengan kurniaan Allah ni. Walau lalui macam-macam dugaan, alhamdulillah kami dapat lalui dengan tabah, mudah-mudahan Allah terus merahmati hidup kami," jawabku dengan penuh kesyukuran.


"Oh ye, kenapa baru sekarang ko perkenalkan diri ko sebagai CEO? Aku betul-betul terkejut bila tengok ko berucap. Aku ingat Sarah pun just bekerja di syarikat ni tapi tak sangka lak syarikat ni milik korang bersama,"


"Entahlah Man, dulu aku rasa macam belum bersedia untuk menonjolkan diri tambahan aku ni lebih tau praktikal dan teori lebih pada Sarah. Tapi kali ni, aku terpaksa perkenalkan diri untuk mencapai impian YUSA TRADING yang seterusnya,"


"Tahniahlah korang dah berjaya dan jauh lebih hebat dari aku,"


"Oh ye, kenapa ko tak sambung belajar masuk U? kan ko belajar kat MRSM dulu," tanyaku


"Janganlah cakap macam tu, malu aku. Result SPM aku cukup makan je, tak pat masuk U tu yang aku terus cari keje and jadilah Supervisor salesman kat company korang ni," jawab Rizman sambil menundukkan wajah.


"Oh, tak pelah Man yang penting gaji halalkan? Oh ye, Amir, Bakar, Rizal dan Kerol apa cite sekarang?" tanyaku


"Bakar kat lokap jadi penagih dadah dulu, lagi setahun keluarlah tu. Amir lak sekarang jaga kebun ayah dia. Rizal aku dengar cite kat oversea sambung belajar untuk jadi doktor dan Kerol lak jadi penganggur terhormat," terang Rizman


"Maaflah aku memang tak tau pe jadi kat diaorang, kalo balik kampung pun, tak de orang yang cite pasal korang, tu yang aku tanya," terangku


"Tapi, aku lak, tiap-tiap hari dengar cite pasal ko dan Sarah, ramai cite korang dah berjaya sekarang dan tiap-tiap tahun bawa orang tua korang g Mekah. Cuma aku tak tau pulak aku bekerja disyarikat korang," terang Rizman.


" Yeke orang bercerita pasal kami? Alhamdulillahlah kalo bercerita yang baik," jawab Sarah setelah lama hanya menjadi pendengar.


"Oh ye, insyaallah bulan depan kami dan orang tua kami akan ke Mekah menunaikan umrah. Kami bawa anak-anak sekali, jomlah join, aku sponsor semuanya," aku pelawa Rizman menunaikan umrah


"Ye ke ni, mudah-mudahan Allah murahkan rezeki kalian. Kalo aku ikut, macam mana dengan keje aku? Lulus ke cuti aku tu," 


"Di tanggung beres semuanya, ko jangan risau," aku memberi kepastian.


Setelah hampir tiga jam kami berborak, Rizman minta diri untuk pulang. Sejak Rizman tahu aku bos YUSA TRADING, dia sangat hormat dengan aku dan Sarah. Aku menerima penghormatan itu dengan rendah diri. Bagi aku, semua ini hanya harta dunia. Yang penting aku puas bila dapat mengubah kehidupan kami sekeluarga. Keenam-enam adik beradikku berjaya belajar hingga ke menara gading. Walau mereka lebih berpelajaran dari aku, mereka sangat menghormati aku sebagai abang mereka yang banyak berkorban untuk kejayaan mereka..





4 comments:

  1. thanks Rully, semoga dapat bagi manfaat pada yang membacanya ^___^

    ReplyDelete
  2. sukakan pengajaran yg terkandung di dalam cerpen ini. teruskan menulis..

    ReplyDelete
  3. Nadd- terima kasih ye,. mudah-mudahan Allah terus memberi saya idea yang lebih baik,..

    ReplyDelete