Search This Blog

Friday 20 May 2011

DiArI : KeUnIkAn o5 JuNe 2o11

Assalamualaikum,..







30 tahun yang lalu pada tarikh ini aku dilahirkan dan melihat dunia ini,.. Alhamdulillah aku melalui perjalanan hidup ini dengan pelbagai rintangan dalam tempoh 30 tahun ini.


Aku yakin, setiap manusia ada rintangan hidup tersendiri. Setiap orang berbeza rintangannya tapi dalam kemampuan, insyaallah,,,


Kini menginjak usia ke 30 ini, aku mohon padaMu Ya Allah agar perjalanan hidupku dipermudahkan olehMu dan melalui episod-episod bahagia dan yang sejajar dengannya. Aku mohon padaMu Ya Allah, realisasikanlah impian hidupku yang terhalang selama ini,..


Ya Allah hanya padaMu aku bermohon dan hanya padaMu aku bersujud,..Amin Ya Robbalalamin,..


Dan satu keunikan tarikh ini, pada 66 tahun lepas, seorang insan yang bertanggungjawab membuatkan aku melihat dunia ini, juga telah melihat dunia pada tarikh yang sama dengan kelahiranku. Cuma tahun je yang berbeza.


Satu anugerah Allah bila tarikh kelahiranku dan ibu yang mengandung, melahir dan membesarkan aku adalah sama. Aku bersyukur dengan anugerah ini. Ya Allah, aku mohon, permudahkanlah perjalanan hidup kami duniawi mahupun ukhrawi.


Dan izinkanlah kami mencari rezeki umpama kami akan hidup 1000 tahun lagi dan beramal umpama kami akan mati pada esok hari,.. Amin Ya Robbal Alamin,..


Terima kasih pada sesiapa yang mengaminkan doa ku ini dan terima kasih juga kepada sesiapa yang wish birthday pada aku,.. Semoga kalian semua dalam perlindungan, keberkatan dan rahmat Allah,.. Amin Ya Robbalalamin,.




Semoga berjumpa lagi,.. Tata titi tutu,..





No comments:

Post a Comment