Search This Blog

Tuesday 8 March 2011

cErPeN : KeInSaFaN SeTeLAh SeBuAh KeHiLaNgAn

Assalamualaikum,..






"Doktor, macam mana keadaan putera dan puteri saya?" tanya Datin Suraya dengan kebimbangan yang teramat sangat diiringi tangisan yang tanpa henti pada Dr Nazri.


"Saya harap puan bersabar. Puteri puan, Alaisya kini koma dan maafkan kami, kami tak dapat selamatkan putera puan, Mohd Ilham kerana dia mengalami kecederaan yang serius diotak dan kehilangan banyak darah" perlahan-lahan Dr Nazri menuturkan kata dan terhenti disitu.


Datin Suraya serta-merta pengsan sebaik Dr Nazri habis bercakap. Dr Nazri dan Dato' Hisham memapah Datin Suraya ke bilik rawatan kecemasan. "Maaf, Dato' tunggu diluar ye," Dr Nazri memberi arahan dan terus menutup pintu bilik rawatan kecemasan itu.


"Abang! anak kita bang! Anak kita dah tak de!" meraung Datin Suraya sebaik tersedar dari pengsan. Lebih kurang satu jam Datin Suraya pengsan dan alhamdulillah tiada apa yang membimbangkan cuma Datin terkejut mendengar berita kematian Ilham. Itulah yang diberitahu oleh Dr Nazri.


"Sabarla Su, apa kita boleh buat, semuanya dah berlaku,"


"Saya tak boleh terima bang, kenapa tuhan ambil anak saya! kenapa! saya tak setuju bang! saya tak rela anak saya mati!," Datin Suraya terus meraung sehingga terpaksa diberi suntikan untuk tenangkan dia.


"Dato', boleh saya berbicara sebentar?" tanya Dr Nazri dengan suara yang mendatar sahaja


"Silakanlah,"


"Macam mana dengan jenazah anak Dato', Mohd Ilham? Bila Dato' nak uruskan?"


Dato' hanya diam membisu. "Macam mana aku nak uruskan semua ni? aku tak tahu apa-apa? Adoi, apa aku perlu buat?" Dato' Hisham bermonolog dalam hati.


"Dato!" tegur Dr Nazri membuatkan Dato' Hisham kembali tersedar. 


" Macam mana ye saya nak cakap ni," Dato' Hisham bingung memikirkan yang dirinya tidak tahu apa-apa tentang pengurusan jenazah dan tak tahu apa yang perlu dilakukan. Nak berterus terang malu. Yela umur dah 40 tahun dan seorang usahawan yang disegani, kan ke malu kalo orang tahu dia tak reti langsung dalam hal ehwal pengurusan jenazah malah segala macam aturan hidup islam langsung dia tidak ambil tahu selama ini. Kekayaan yang dimiliki membuatkan dia benar-benar hanyut ikut cara hidup orang barat tanpa batasan halal mahupun haram.


"Dato' ada masalah ke?" tanya Dr Nazri


"Dr boleh tolong saya?"


"Cubalah Dato' bagitau saya apa masalahnya, kalo saya boleh tolong, saya tolong,"


"Terus terang saya katakan, saya langsung tak tahu nak uruskan jenazah ni. Selama ni saya sangat jauh dari islam DR," terang Dato' dengan perasaan malu yang tinggi menggunung. Dan jauh disudut hatinya hadir sedikit kekesalan diatas kelalaian dia selama ini.


"Astagfirullahalazim," Dr Nazri beristigfar, dia benar-benar terkejut dengan kenyataan Dato' Hisham. Bagaimana seorang yang disegani seluruh Malaysia tidak tahu asas yang berkaitan islam. 


"Ya Allah ampunkanlah aku, aku tidak baik pandang buruk pada Dato', terima kasih jua Ya Allah kerana menghadirkan peristiwa ini sebagai peringatan buat diriku," Dr Nazri cepat-cepat tersedar dari kekhilafan diri yang memandang buruk pada Dato' Hisham.


"Baiklah Dato' saya akan uruskan semuanya sehingga pengebumian jenazah nanti. Dan bab kenduri arwah pula macam mana?" tanya Dr Nazri


"Boleh awak tolong uruskan sekali? berapa je kosnya, saya akan bayar. Dan Dr, saya harap Dr tidak ceritakan segala perbualan kita ni pada sesiapa ye,"


"Insyaallah Dato' saya akan uruskan semuanya. Dato' jangan bimbang, perkara ni hanya antara kita berdua je," Dr Nazri memberi jaminan.


8888888888


Alaisya adalah diriku, Mohd Ilham abang aku. Kami dua beradik sahaja. Dato' Hisham pula Daddy aku dan Datin Suraya Mummy aku. Bapaku seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kami sekeluarga mampu miliki apa saja yang kami inginkan semudah abc.


"Dato', Datin, boleh saya tahu, Alaisya ni sudah berkahwin ke belum?" Dr Nazri bertanya inginkan kepastian


"Kenapa Dr tanya macam tu?"  Mummy menjawab juga dengan pertanyaan.


"Maaf Dato' dan Datin, berat untuk saya bagitau sebenarnya. Tapi saya terpaksa juga bagitau,"


"Cakap je la Dr apa halnya ni?" soal Daddy dengan nada suara yang agak keras sedikit


"Hasil pemeriksaan, saya dapati Alaisya mengandung,"


"What? Impossible Dr, Alaisya masih belajar di tingkatan 5 dan tahun ni dia akan ambil SPM. Mana mungkin Dr," jerit Mummy yang nyata terkejut dengan berita yang disampaikan Dr Nazri.


"Saya tak percaya Dr, ini mesti ada kesilapan!" Daddy pula cuba menyangkal kenyataan Dr Nazri.


Oleh kerana tidak mahu mendatangkan masalah, Dr Nazri membawa aku ke bilik khas membuat ultrasound untuk mendapatkan jawapan yang pasti. Mummy dan Daddy melihat sendiri segala proses ultrasound yang dijalankan. Setelah membuat ultrasound, ternyata sememangnya aku mengandung, ada denyutan nadi dalam rahimku. Mummy benar-benar terkejut dengan keputusan ini. Mummy merasakan satu tamparan hebat sehinggakan rasa seperti ingin bunuh diri.


Mummy meraung meratapi segala yang berlaku. Disaat aku masih koma, setiap hari ditepi katilku Mummy akan cerita tentang kandunganku. Mummy menangis kerana dia kesal sangat, aku telah jauh hanyut disebabkan didikan barat dia dan Daddy. 


Kemewahan yang melingkari hidup kami sekeluarga membawa kami jauh dari arus kehidupan sebagai orang islam. Hidup kami tiada batasan halal mahupun haram. Sebut je nama pub di seluruh K.L ni, semua kami dah pernah pergi. Begitu juga dengan arak, semua jenama kami dah rasai. Dari yang terbaik sampailah yang paling murah.


Pemergian abangku dan berita kehamilanku benar-benar menghadirkan keinsafan pada aku, Mummy dan Daddy. Kemalangan yang berlaku dua bulan lepas  benar-benar merubah cara hidup kami 100%. Disebabkan kemalangan itu juga, aku koma selama sebulan dan abangku pergi untuk selamanya. Pemergian yang tak akan kembali tapi hadirnya sebuah cahaya murni.


"Dr, tolonglah gugurkan kandungan tu, kami malu untuk berhadapan dengan masyarakat. Mana mungkin seorang ahli perniagaan yang berjaya seperti kami bakal mempunyai anak luar nikah," Daddy menyuarakan pendapat gilanya pada Dr Nazri. Dr Nazri mengucap panjang mendengar permintaan Daddy.


Dengan rendah dirinya, Dr Nazri membawa Daddy dan Mummy berjumpa seorang ustaz yang punyai pengetahuan luas tantang ajaran islam. Ustaz Syuqri namanya. Dr Nazri minta pertolongan Ustaz Syuqri untuk bimbing Daddy dan Mummy kembali ke pangkal jalan. Peringkat awal Mummy dan Daddy jumpa Ustaz Syuqri, aku masih koma, sebab itu Mummy dan Daddy sahaja yang belajar agama terlebih dahulu.


"Bik, tolong kemas seluruh rumah ni, segala arak yang ada buang dan saya tak nak tengok sebarang benda yang haram didalam rumah ni. Pastikan surau kecil rumah kita sentiasa bersih, sejadah dicuci setiap minggu begitu juga dengan telekung. Faham?" arah Mummy pada pembantu rumahku.


Sebaik tersedar dari koma, Mummy dan Daddy membawa aku pulang ke rumah.


"Rumah sape ni Mummy?" tanyaku sejurus melangkah masuk ke dalam rumah


"Rumah kita la sayang," jawab Mummy ringkas. Kini aku pulang ke rumah kami, tapi ternyata rumah kami sekarang jauh berubah. Dihiasi dengan ayat-ayat suci Al-Quran disetiap ruang dinding. Malah setiap insan yang melangkah ke rumah ku pasti terdengar bacaan ayat-ayat suci yang sentiasa terpasang dirumahku tanpa henti.


Kini aku, Mummy dan Daddy dapat menghadiahkan bacaan ayat-ayat suci Alquran pada abangku selalu. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan dia di sana, agar ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..

Hadirnya keinsafan buat kami sekeluarga setelah pemergian abangku. Kini aku menghitung hari untuk melahirkan anak yang aku kandungkan hasil hubungan haramku dengan ramai lelaki. Aku tidak tahu siapa bapanya yang sebenar.


Sejurus melahirkan baby ni nanti, aku akan mendaftarkan diri disebuah sekolah pondok "Tok Kenali, Kelantan Darul Naim. Aku benar-benar ingin melangkah ke kehidupan yang lebih baik, ke jalan yang di redhai Allah.


"Ya Allah terima kasih atas hidayah yang kau berikan buat aku, Mummy dan Daddy. Terima kasih ya Allah tidak membiarkan kami terus hanyut dengan godaan dunia," Aku sentiasa memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi,..






Selamat membaca,. Semoga berjumpa lagi,..

2 comments:

  1. bagus cerita ni...simple tapi bagi yang berfikir ia amat memberi pengajaran....

    ReplyDelete
  2. Thanks ab,. Yups betul tu,. Pada aku manusia boleh berubah,. Hidayah itu milik Allah,.

    ReplyDelete